Ikuti Kami:

Rating Awal ‘Voice 4’ Memuaskan, Penonton Terkejut Lihat Identiti Pembunuh ‘Circus Man’

Rating Awal ‘Voice 4’ Memuaskan, Penonton Terkejut Lihat Identiti Pembunuh ‘Circus Man’

Sudah masuk musim ke-4, sudah pastinya ramai yang berdebar menonton siri “Voice” kan?

Sinopsis

Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh zalim yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Awal mengejutkan

[Amaran SPOILER]

Bermula sahaja episod pertama, penonton sudah digemparkan dengan notis yang dihantar oleh pembunuh bersiri ‘Circus Man’ di mana ianya hanya boleh didengari oleh Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) menerusi kemampuan mendengar ghaibnya. Kemudiannya, penjahat itu melakukan satu pembunuhan yang kejam dan terus meningkatkan lagi tekanan pada perkembangan episod tersebut.

tvn voice 4

Pun begitu, pasukan 112 langsung tidak berlengah bagi menjejaki pembunuh tersebut bagi melindungi mangsa seterusnya iaitu adik kepada Derek Jo (Song Seung-heon) iaitu Jo Seung-ah (Lee Yi-dam).

Walaubagaimanapun, penonton nyata terkesima apabila melihat identiti sebenar ‘Circus Man’ di akhir episod itu. Seiras dengan Kang Kwon-joo, penjahat itu hanya berdiri dari jauh dan memerhatikan lokasi jenayah berkenaan.

Tidak menjangka plot twist sebegitu, rata-rata penonton mula membuat spekulasi tersendiri. Ada yang berkata mungkinkah ‘Circus Man’ merupakan kembar Kang Kwon-joo dek kebolehan mendengar yang sama ataupun pembunuh dengan kemampuan yang sama itu mungkin menjalani pembedahan wajah bagi tampil serupa dengan wanita tersebut. Fuhh, saspens betul!

tvn voice 4

Rating memuaskan

Mempunyai komuniti penonton yang setia, “Voice 4” berjaya meraih rating yang baik pada awal tayangannya. Bermula dengan 3.2%, ianya terus kekal sama pada episod keduanya.

Siri “Voice” nyata mampu mengekalkan momentum debaran yang sama meskipun sudah memasuki musim ke-4.

Kepada yang meminati siri thriller misteri, korang memang kena layan “Voice” daripada musim pertamanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...