Sepertinya “Artificial City” merupakan antara drama yang menjadi kegemaran ramai kini!
Pada Januari 20, naskhah thriller misteri itu mencapai rating tertinggi sepanjang tayangannya. Menurut Nielsen korea, episod terbaru “Artificial City” meraih purata rating seluruh negara sebanyak 4.2%. menjadikan ia sebagai rekod peribadi terbaiknya.
Berlatarbelakangkan muzium seni milik konglomerat terbesar Korea Selatan, ia membawa kisah ketamakan dan cita-cita individu yang berusaha mencapai kedudukan tertinggi dalam masyarakat.
Hebat “Artificial City”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.