Ikuti Kami:

Elak Terlibat Lagi, Jennie BP Didakwa Terkesan Dengan Rating Buruk ‘Apartment 404’?

Elak Terlibat Lagi, Jennie BP Didakwa Terkesan Dengan Rating Buruk ‘Apartment 404’?

Pengarah “Apartment 404”, Jung Chul Min, memberi respons terhadap desas-desus yang melibatkan Jennie dari BLACKPINK.

Menurut khabar angin tersebut, Jennie tidak menghadiri makan malam selepas penggambaran dan berkemungkinan besar dia tidak akan menjadi sebahagian daripada barisan panel untuk musim kedua nanti.

Jung Chul-min secara peribadi memberikan respons terhadap tuduhan tersebut dan berkata,

Maksud saya, apa ini? Tiada perkara seperti ketidakhadiran pada majlis makan malam malah tak pernah ada perbincangan untuk penghasilan musim kedua.

jennie apartment 404

Desas-desus tersebut muncul selepas berita bahawa Jennie menolak menyertai rancangan hiburan yang ditawarkan kepadanya iaitu “My Name Is Gabriel”. Memandangkan rating “Apartment 404” agak mengecewakan, dilaporkan Jennie terkejut dengan kritikan keras terhadap dirinya dan barisan ahli.

Katanya, Jennie tidak menghadiri pertemuan pada makan malam itu kerana sedang sibuk dengan persiapan album dan enggan menjawab apabila pihak produksi bertanyakan jika dia ingin muncul dalam musim kedua rancangan tersebut.

Selepas menafikan khabar angin itu, walau bagaimanapun, Jung Chul-min dilihat memadam kesemua penjelasan berkaitan Jennie di Instagram miliknya.

Jennie sibuk lah tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...