Ikuti Kami:

Rating 1% Tapi ‘Nevertheless’ No 1 Bagi Ranking Top 10 Program TV Netflix Malaysia & Negara Lain

Rating 1% Tapi ‘Nevertheless’ No 1 Bagi Ranking Top 10 Program TV Netflix Malaysia & Negara Lain

Tak sangka drama mengenai dilema cinta pelajar universiti iaitu “Nevertheless” rupanya mendapat tempat di hati penonton.

Rata-rata penonton sepertinya tertarik melihat keserasian Song Kang dan Han So-hee yang nampak serasi sebagai teraju utama ini. Melihatkan hubungan Yoo Na-bi dan Park Jae-uhn yang ‘complicated’, mungkin ramai yang turut mengalami masalah yang sama seperti mereka.

Bahkan drama itu duduk selesa di tangga pertama ranking Top 10 program TV di Netflix Malaysia dan beberapa negara lain seperti Thailand, Filipina, Taiwan dan Vietnam meskipun hanya menayangkan satu episod seminggu.

nevertheless netflix malaysia

Pun begitu, walupun turut merekodkan kedudukan yang baik di Netflix Korea Selatan namun sepertinya “Nevertheless” hanya mampu meraih rating rendah iaitu dalam lingkungan 1% sahaja menerusi tayangan di saluran kabel.

Daripada data yang dikumpulkan ini, terbukti bahawa “Nevertheless” mendapat tempat di hati penonton antarabangsa terutamanya kawasan Asia.

Untuk pengetahuan anda, ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-uhn (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...