Ikuti Kami:

Ratah Perut Lembu Mentah, Penonton Kagum Lihat Dedikasi Choi Jinhyuk Bawa Watak Zombi Dalam ‘Zombie Detective’

Ratah Perut Lembu Mentah, Penonton Kagum Lihat Dedikasi Choi Jinhyuk Bawa Watak Zombi Dalam ‘Zombie Detective’

Choi Jin-hyuk ternyata merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat! Tak sangka dia berjaya membawa karakter sebagai zombi dalam “Zombie Detective” dengan hebat sekali termasuklah membetulkan langkahnya yang lambat, sebutan yang tidak jelas dan kulitnya yang pucat bagi menyesuaikan diri dalam kalngan manusia.

Walaupun baru sahaja ditayangkan pada minggu ini, tetapi penonton meluahkan rasa kagum dengan kejituan lelaki itu untuk menghidupkan watak rare tersebut. Bahkan babak dia ‘melahap’ perut lembu mentah turut tular di kalangan netizen Korea.

lakonan choi jinhyuk sebagai zombi dipuji

Kalau anda nak tahu, bahagian usus tersebut sememangnya benar dan bukannya rekaan semata,

Ia adalah kali pertama saya makan perut mentah. Saya mahu ianya kelihatan realistik disebabkan itu, saya menutup mata dengan rapat dan menjamahnya.

Bahkan pihak produksi “Zombie Detective” juga meluahkan rasa kagum dengan dedikasi Choi Jin-hyuk untuk menjayakan babak tersebut,

Saya tak pasti berapa banyak yang dikunyahnya tetapi dia benar-benar memaksa dirinya untuk merakamkan babak tersebut, mengoyak perut tersebut dengan giginya.

episod awal zombie detective

Produser lain turut memberikan komen mengenai babak tersebut,

Saya ada menyentuh perut mentah itu semasa pengambaran dan ianya adalah licin dan busuk daripada apa yang saya jangkakan. Choi Jin-hyuk benar-benar menahan diri untuk babak tersebut. Semua orang memberikan tepukan gemuruh atas usahanya itu. Bermula sahaja rakaman babak itu, dia terus berubah menjadi orang lain dan berlakon. Dia melakukan perkra yang hebat bagi menghidupkan watak tersebut.

Dahsyat betul Choi Jin-hyuk! Memang menjadi betul wataknya sebagai zombi. Anda jangan terlepas untuk menonton drama “Zombie Detctive” yang kelakar ini pada setiap Isnin dan Selasa di KBS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...