Ikuti Kami:

Rasukan Syaitan Bikin Meremang, Ini Sebab Peminat Mistik Perlu Tonton Siri Disney+ ‘Revenant’

Rasukan Syaitan Bikin Meremang, Ini Sebab Peminat Mistik Perlu Tonton Siri Disney+ ‘Revenant’

Akhirnya, tamat sudah kemarau panjang buat peminat drama thriller misteri selepas “Revenant” memulakan tayangan.

Drama yang ditayangkan di Disney+ ini membawa kisah ilmu ghaib Korea di man seorang wanita dirasuk syaitan dan seorang lelaki yang boleh melihat roh cuba mengorek rahsia mengenai kematian misteri. Walaupun genre ini sukar untuk diolah, namun Kim Eun-hee membuktikan bahawa bakat menulisnya pasti akan membuat penonton meremang bulu roma.

Menerusi siasatan Goo San-young (Kim Tae-ri) dan Yeom Hae-sang (Oh Jung-se), kesemua yang menonton pastinya akan turut menyerap masuk ke dalam suasana misteri dan merasai kejadian aneh yang berlaku di sekeliling dua watak ini.

sbs revenant

Lebih mengasyikkan, “Revenant” menyelitkan pelbagai elemen yang teras dalam budaya Korea, di mana ia menarik buat penonton luar negara. Dengan kajian bidang ini, semua dapat melihat apa yang dialami oleh mendiang mereka di sebalik tembok istana, permainan disukai mereka, serta apa pantang larang pada ketika itu.

Hanya pelajar biasa yang perlu bekerja separuh masa, Goo San-young menerima amanah dari ayahnya yang sudah mati menerusi barang peninggalan lama. Sejak itu, hidup wanita itu mula berubah di mana roh jahat melekat pada badannya selain turut membunuh ramai orang di sekelilingnya.

Jelas Kim Eun-hee,

Saya mendapat inspirasu dari cerita rakyat yang didengari di kampung saya semasa kecil.

disney+ revenant

Bukan sahaja diselaputi kisah mistik, namun “Revenant” turut mengetengahkan pelbagai isu yang sering berlaku dalam masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga. Dari itu, ia menyampaikan bahawa jenayah merupakan ‘kejahatan yang berkembang dek keinginan manusia’.

Bagi yang ingin saksikan kehebatan lakonan Kim Tae-ri, Oh Jung-se dan Hong Kyung, korang wajib layan “Revenant” di Disney+ Hotstar sekarang juga.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...