Ikuti Kami:

“Rasa Terbeban..” – Lepas 4 Tahun Tinggal ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Akhirnya Akui Hal Ini

“Rasa Terbeban..” – Lepas 4 Tahun Tinggal ‘Running Man’, Lee Kwangsoo Akhirnya Akui Hal Ini

Pelakon dan personaliti TV, Lee Kwang-soo, tampil dalam episod terbaharu rancangan bual bicara YouTube oleh Moon Sang-hoon.

Dalam episod tersebut, Lee Kwang-soo berkongsi tentang permulaan kerjayanya sebagai seorang model. Dia mengimbas kembali bahawa dia sememangnya tinggi sejak kecil, dan menerima tawaran menjadi model semasa berada di tingkatan dua.

Namun begitu, sepanjang kerjayanya sebagai model, dia hanya pernah muncul dalam satu pertunjukan pentas peragaan sahaja. Lee Kwang-soo kemudian berjaya beralih ke pelbagai bidang dalam industri hiburan, dan paling dikenali menerusi penampilannya sebagai ahli tetap rancangan “Running Man” serta pelbagai watak lakonan.

lee kwangsoo

Sekitar empat tahun lalu, dia berundur dari program itu untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya. Terbaharu, Lee Kwang-soo membintangi siri komedi romantik tahun 2025 berjudul “The Divorce Insurance”, bersama pelakon Lee Dong-wook, Lee Joo-bin dan Lee Da-hee.

Selain itu, Lee Kwang-soo turut menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dengan gelaran “Asia’s Prince” yang diperolehinya dek populariti “Running Man”, namun secara merendah diri berkata gelaran itu terlalu berat untuk dirinya dan sedikit terasa terbeban. Dia juga berkongsi bahawa dia merupakan seorang pengumpul tegar barangan filem dan komik.

Lee Kwang-soo buat apa pun kelakar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...