Ikuti Kami:

“Rasa Nak Bersara..” – Akui ‘Tak Sebulu’ Dalam ‘Running Man’, Ji Sukjin Luah Perasaan Buat Haha

“Rasa Nak Bersara..” – Akui ‘Tak Sebulu’ Dalam ‘Running Man’, Ji Sukjin Luah Perasaan Buat Haha

Biasalah ada pasang surut dalam hubungan persahabatan kan?

Terbaru, Haha telah memuat naik video baru di saluran YouTube ‘HAHA PD’ dengan penampilan istimewa Ji Suk-jin. Semasa menjamu selera, Haha memuji Ji Suk-jin dan berkata,

Dia agak tua tetapi tidak ada dinding antara kami. Tetapi dia membenciku pada awalnya.

Lelaki tua itu nyata terkejut dengan ‘serangan’ tersebut dan menjelaskan mengenai hal tersebut. Ji Suk-jin kemudiannya membuka cerita mengenai kesukaran untuk menyesuaikan diri semasa di awal tayangan “Running Man”,

Adakah menyertai rancangan ini perkara yang betul untuk dilakukan?

haha ji sukjin

Katanya, konflik itu terus bergelumang di dalam dirinya kerana peranannya berubah dari menjadi hos utama kepada salah seorang ahli sahaja.

Ji Suk-jin kemudian berkongsi,

Saya berasa bangga apabila saya membawa peranan saya dengan baik. Dan pada ketika itu, saya rasa seolah-olah saya hanya mengambil wang tanpa memenuhi tanggungjawab saya. Saya fikir ia akan memberi kesan negatif kepada saya jika saya terus berbuat begitu.

Dia kemudian menunjuk kepada Haha dan berkata,

Dia adalah orang yang paling menjengkelkan. Apabila saya tidak mahu mengatakan apa-apa, dia terus berteriak, ‘Hyung, katakan sesuatu’. Itulah sebabnya saya tidak mahu melihatnya.

haha ji sukjin

Haha yang tertawa kuat bertanya,

Teruk sangat ke apa yang saya katakan? Mengapa kamu bercakap hal ini di belakang saya?

Ji Suk-jin membalas,

Saya bukan jenis yang mengumpat di belakang seseorang.

Walau bagaimanapun, Ji Suk-jin mengulas,

Pada awalnya, saya merasakan dia yang bermasalah. Tetapi setelah melihatnya kembali selepas bertahun-tahun, ternyata ia kesalahanku.

Dari musuh ke sahabat baik lah kiranya ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...