Nama kelab peminat Byun Woo-seok telah meraih pelbagai reaksi.
Pada 18 April, satu hantaran mengenai Byun Woo-seok telah tular di komuniti di atas talian. Di mana, individu tersebut telah mendedahkan nama kelab peminat yang dipilih oleh Byun Woo-seok pada tahun 2016 yang lalu.
Dalam hantaran tersebut, individu itu telah memuat naik gambar tanda tangan pelakon itu bersama nama kelab peminat yang dipilih olehnya iaitu tandas.
Nama tersebut telah diambil dari nama keluarganya, Byeon iaitu suku kata pertama untuk tandas dalam bahasa Korea (Byeon-ki Tong).
Tulis pelakon itu,
Hello, ni saya ^^. Nama kelab peminat yang saya dah pilih ialah tandas.
Selepas hantaran itu tular, rata-rata netizen telah membela pelakon tersebut. Ramai juga yang menerangkan bahawa nama yang dipilih oleh Byun Woo-seok itu disukai oleh peminat dan pelakon itu telah pun menukar nama tersebut kepada nama lain.
Komen netizen,
- Rasa kelakar nak panggil diri sendiri tandas.
- Saya je ke yang rasa nama ni kelakar?
- Byun Woo-seok dah tukar nama tersebut jadi peti surat. Jadi, sekarang nama kelab peminat dia ialah peti surat.
- Byun Woo-seok dah makin terkenal sekarang sampai hantaran lama boleh naik balik.
- Comelnya!
Korang suka ke tak nama yang Byun Woo-seok pilih ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.