Ikuti Kami:

“Rasa Disayangi” – Kim Woobin ‘Surprise’ Suzy, Beri Sejambak Bunga Untuk Hadiah Hari Jadi

“Rasa Disayangi” – Kim Woobin ‘Surprise’ Suzy, Beri Sejambak Bunga Untuk Hadiah Hari Jadi

Mesti ramai yang teruja kan nak tengok Kim Woo-bin dan Suzy bergandingan sekali lagi?

Bagi yang belum tahu, selepas “Uncontrollably Fond”, Kim Woo-bin dan Suzy akan menemui penonton menerusi drama baru berjudul “All The Love You Wish For” dan telah pun memulakan penggambaran.

Menerusi laman Instagram, Suzy telah memuat naik beberapa foto ketika sambutan hari jadinya pada 10 Oktober, di set rakaman drama tersebut.

Malahan, pelakon wanita itu juga berkongsi bahawa Kim Woo-bin memberinya sejambak bunga untuk hadiah ulang tahun kelahirannya. Tulis Suzy,

Saya rasa sangat disayangi pada hari lahir saya oleh pasukan hebat ‘All The Love You Wish For’. Terima kasih atas hadiah dan bunga yang cantik itu, Kim Woo-bin.

Sementara itu, “All The Love You Wish For” akan ditayangkan menerusi Netflix dan dijangka akan disiarkan pada 2025 nanti.

Best friend sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...