Ikuti Kami:

Rasa Bersalah Menang ‘Pelakon Pembantu Terbaik’, Netizen Banjiri Lee Kwangsoo Dengan Pujian Melambung

Rasa Bersalah Menang ‘Pelakon Pembantu Terbaik’, Netizen Banjiri Lee Kwangsoo Dengan Pujian Melambung

Walaupun sudah hampir sehari anugerah berprestij iaitu 56th Baeksang Arts Awards melabuhkan tirai, masih ramai lagi yang menyebut mengenainya. Meskipun tampil hening kerana tiada penyertaan penonton dibenarkan, kesemua pelakon kelihatan gembira kerana dapat bersama dengan rakan seperjuangan selepas sekian lama tidak berjumpa dek COVID-19.

Bahkan kesemua pemenang yang berjaya meraih pelbagai trofi yang dipertandingkan, ada yang kelihatan gembira dan ada yang menangis kerana tidak sangka. Lain pula reaksi Lee Kwang-soo apabila pelakon itu menerima anugerah ‘Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik’ kategori Filem untuk persembahan hebatnya dalam “Inseparable Bros”.

lee kwangsoo pelakon pembantu terbaik

Bagi yang belum menonton filem hebat dan meruntun jiwa itu, ia membawa kisah Se-ha (Shin Ha-kyun) dan Dong-goo (Lee Kwang-soo) yang hidup seperti adik-beradik selama 20 tahun lamanya meskipun tidak berkongsi pertalian darah yang sama. Yang istimewanya mengenai mereka ialah Se-ha adalah cerdik tapi mempunyai masalah fizikal manakala Dong-goo seorang yang bertenaga tapi mengalami masalah mental. Tapi atas satu isu yang tidak dijangka, mereka terpaksa berpisah. Filem ini walaupun ada elemen kelakar tapi sedih habis!

Selepas menerima trofi tersebut, Lee Kwang-soo tergamam seketika dan nampak keliru. Pelakon itu sepertinya tidak faham kenapa dia boleh memenangi kategori tersebut walaupun mempunyai persaingan yang sengit. Tak sangka lelaki itu berasa bersalah sehingga memohon maaf kepada semua orang yang berada di situ.

Pasti semua tak jangka kemenangan ini kan? Mesti semua penonton terkejut.”

lee kwangsoo pelakon pembantu terbaik

Selain berterima kasih kepada rakan gandingannya iaitu Shin Ha-kyun dan So-mi, Lee Kwang-soo turut mempromosikan drama terbaru Shin Ha-kyun iaitu “Fix You” yang sedang ditayangkan di saluran KBS.

Penonton yang melihat reaksinya itu rata-rata memberikan sokongan dan memuji lakonannya dalam “Inseparable Bros” yang menjadi. Bukannya senang untuk membawa watak seorang yang mempunyai masalah kesihatan mental tetapi Lee Kwang-soo langsung tak nampak kekok ketika melakonkannya.

Tak, saya tak terkejut. Lakonan Lee Kwang-soo sangat hebat. Tahniah!

 

Sesiapa yang dah tonton ‘Inseparable Bro’ pasti memahami kemenangan ini. Dia sangat hebat berlakon.

 

Kalau Lee Kwang-soo tak menang, siapa lagi layak?

 

Saya dah tonton filem tersebut dan lakonan Lee Kwang-soo sangat bagus. Memang layak menang pun.

 

Walaupun saya tak tonton filem ini, tetapi daripada sedutan pendek yang ditayangkan, saya merasakan bahawa Lee Kwang-soo memang pandai berlakon.

Lee Kwang-soo sememangnya merupakan seorang yang serba boleh. Tahniah sekali lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...