Pelakon Im Soo-hyang baru-baru ini telah memuat naik foto hadiah yang dikirimkan oleh Jennie BLACKPINK kepadanya!
Bagi yang belum tahu, Im Soo-hyang dan Jennie pernah muncul bersama dalam program hiburan SBS “Village Survival, The Eight”, yang disiarkan pada 2018. Pada 7 Februari, Im Soo-hyang telah menyiarkan foto pasu bunga besar yang dihantar oleh Jennie di Instagramnya dengan kapsyen yang ditulis,
Dihantar oleh Jendeukie.
Im Soo-hyang juga memuat naik video pendek dan berkata,
Jennie ah, terima kasih banyak-banyak. Tetapi bagaimana saya boleh membuka ini?
Video yang dikeluarkan menunjukkan Im Soo-hyang cuba membuka kotak hadiah daripada Jennie. Memandangkan dia tidak tahu membuka kotak itu, dia cuba memikirkan cara dan menggunakan kekuatannya.
Sekadar info, hadiah yang diberikan itu merupakan kolaborasi kedua Jennie bersama jenama kaca mata Korea Selatan, ‘Gentle Monster’, yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Comel la mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.