Ikuti Kami:

Rapat Sejak ‘Lovers Of Music’, Peminat Teruja Lihat Persahabatan Lee Seyoung & Eunji APINK

Rapat Sejak ‘Lovers Of Music’, Peminat Teruja Lihat Persahabatan Lee Seyoung & Eunji APINK

Siapa masih ingat tentang drama KBS “Lovers of Music” yang ditayangkan pada 2014 dahulu?

Terbaru, dua orang pelakon dari drama tersebut iaitu Lee Se-young dan Jung Eun-ji APINK dilihat meluangkan waktu bersama. Meskipun sudah 8 tahun berlalu sejak drama itu mula dikeluarkan namun nampaknya, persahabatan antara kedua mereka masih rapat.

Pada 17 Mac, Lee Se-young dan Jung Eun-ji telah memuat naik foto mereka berdua meluangkan masa bersama dengan melawat pameran Chagall yang baru dibuka di Seoul.

lee seyoung jung eunji

Selepas foto mereka dimuat naik di Instagram masing-masing, ramai peminat teruja dengan persahabatan mereka yang tidak berubah selama lapan tahun. Antara komen yang ditulis:

Gabungan ini adalah satu kejutan yang menyenangkan.

Oh wow, mereka bertemu antara satu sama lain.

Mereka menghabiskan masa bersama? Hebat!

Seronok tengok mereka masih rapat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...