Utama Rancangan Hiburan Rapat Dengan Yoo Jaesuk, Mijoo Lovelyz Disebut Ramai Dek Jadi Tetamu Pelbagai...

Rapat Dengan Yoo Jaesuk, Mijoo Lovelyz Disebut Ramai Dek Jadi Tetamu Pelbagai Program Popular

mijoo lovelyz

Nampaknya Mi-joo (Lovelyz) kian meniti di bibir peminat rancangan hiburan Korea kini.

Sesuatu yang sukar dicapai oleh idola sekarang, idola berusia 27 tahun itu menarik perhatian ramai selain dipanggil muncul dalam 5 saluran utama iaitu ‘KBS 2 Days 1 Night’, ‘SBS Running Man’, ‘MBC Hangout with Yoo’, ‘JTBC Knowing Bros’, and ‘tvN Amazing Saturday’.

Lagi pula, dia berjaya merebut tempat sebagai ahli tetap bagi rancangan “The Sixth Sense” di tvN selama dua musim. Malah menerusi program ini, dia telah mencipta hubungan rapat dengan pengacara popular Yoo Jae-suk.mijoo lovelyzLebih membanggakan kerana rancangan ini semua menggunakan nama Mi-joo pada klip mereka di YouTube sekaligus menandakan bahawa idola ini dikenali umum. Oleh itu, ramai yang mengakui bahawa Mi-joo berhaya mencipta tempat di dalam dunia rancangan hiburan Korea.

Bukan itu sahaja, selebriti senior juga memuji Mi-joo kerana tidak terperangkap dengan imej idolanya. Jadi, ramai yang menantikan perkembangan dirinya pada masa hadapan nanti.

Tapi Mi-joo memang kelakar dan tak ‘cover’ langsung kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...