Yay! Episod pertama “Office Romance Recipe” sudah ditayangkan!
Mesti ramai yang masih belum ‘move-on’ dengan drama “A Business Proposal” kan? Sebelum ini, kami kongsikan dengan korang bahawa Kim Se-jeong dan Ahn Hyo-seop akan kembali bergandingan bagi REAL FOOD INDONESIA. Iklan ini bertujuan untuk mempromosikan produk makanan berkhasiat di Indonesia.
Terbaru, episod pertama bagi rancangan iklan tersebut sudah mula bersiaran di laman YouTube dan kini menjadi bualan hangat peminat di serata dunia.
Rata-rata dalam kalangan peminat amat teruja dengan penampilan mereka berdua, di samping pelakon Indonesia, Chicco Jerikho.
“Baru episod pertama dah kelakar! Tak sabar nak tengok lebih banyak ‘RanTang Couple’!”
“Siapa lagi yang tersenyum sendirian?”
“Terima kasih Realfood kerana menggandingkan mereka semula!”
https://twitter.com/doseofsejeong/status/1588005695709814784
Comel aje ‘RanTang couple’ ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.