Ikuti Kami:

Rangkul 4 Anugerah Daesang Sekaligus, BTS Artis Pertama Terima Anugerah Platinum MAMA

Rangkul 4 Anugerah Daesang Sekaligus, BTS Artis Pertama Terima Anugerah Platinum MAMA

BTS sekali lagi telah mencipta sejarah hebat di anugerah ‘Mnet Asian Music Awards (MAMA)’!

Terbaru pada 29 dan 30 November, majlis anugerah MAMA telah diadakan di Kyocera Dome Osaka, Jepun.

Tidak mengejutkan, BTS telah adalah kumpulan yang berjaya menyapu bersih hampir semua anugerah Daesang iaitu anugerah utama di majlis berkenaan!

Tahniah! BTS telah merangkul anugerah ‘Yogibo Artist of the Year’, ‘Yogibo Album of the Year’ dan ‘Yogibo Worldwide Icon of the Year’ yang merupakan antara empat hadiah Daesang.

Selain itu, kumpulan itu juga berjaya membawa pulang anugerah ‘Kumpulan Lelaki Terbaik’, ‘Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia’ dan anugerah ‘Platinum MAMA’.

https://twitter.com/MnetMAMA/status/1598032681446825986?s=20&t=WLJ19glSRohPVgWxO3GrWA

Untuk pengetahuan, hadiah ‘Platinum MAMA’ diberikan kepada artis yang telah memenangi kesemua empat Daesang sekaligus di majlis tersebut. Pada 2019, BTS memenangi ‘Artis Tahun Ini’, ‘Album Tahun Ini’, ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Ikon Tahunan Seluruh Dunia’. Hebatnya, mereka memenangi keempat-empat anugerah berkenaan selama tiga tahun berturut-turut pada 2019, 2020 dan 2021.

Tahniah BTS dan ARMY!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...