Tak lama lagi, Ailee juga akan menamatkan zaman bujangnya.
Sebelum ini, Ailee diumumkan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada tahun depan. Menurut laporan, calon tunangannya itu juga merupakan ahli perniagaan.
Pada 14 Mei, timbul khabar angin menyatakan bahawa teman lelaki Ailee sebenarnya adalah peserta musim pertama “Single’s Inferno” iaitu Choi Si-hun, yang juga seorang pelakon dan mempunyai perniagaan pakainnya sendiri.
Tidak lama kemudian, agensi wanita itu terus mengesahkannya,
Pasangan Ailee ialah Choi Si-hun.
Untuk pengetahuan, mereka mempunyai jarak umur sebanyak 3 tahun, dengan Ailee dilahirkan pada tahun 1989 dan Choi Si-hun pula pada 1992.
Semoga berbahagia!