Ikuti Kami:

Ramal Cinta & Cuaca, Ini 4 Persona ‘Forecasting Love & Weather’ Yang Wajib Ditonton Di Netflix

Ramal Cinta & Cuaca, Ini 4 Persona ‘Forecasting Love & Weather’ Yang Wajib Ditonton Di Netflix

Dengar cerita ramai yang dah tak sabar nak menonton drama “Forecasting Love & Weather” di Netflix?

Bagi menaikkan lagi jangkaan anda, para pelakonnya iaitu Park Min-young, Song Kang, Yura (Girls’ Day), Yoon Park dan pengarah Cha Young-hoon telah menyertai satu sidang media untuk berkongsi banyak elemen menarik drama berkenaan.

Dengar sahaja penjelasan mereka, terus makin excited nak tonton drama ini!

netflix forecasting love & weather

Watak berbeza di agensi ramalan cuaca

Keseronokan sebuah drama itu terletak pada watak yang ditampilkan bukan? “Forecasting Love & Weather” pastinya akan membuatkan anda terpersona dek personaliti yang pelbagai di agensi ramalan cuaca itu.

Park Min-young melakonkan watak peramal cuaca am iaitu Jin Ha-kyung di mana dia bertegas membezakan antara kehidupan profesional dan peribadi. Song Kang membawa watak Lee Si-woo, iaitu seorang wartawan istimewa yang bebas namun ghairah dengan cuaca. Yoon Park akan menjayakan watak Han Ki-joon yang bekerja di pejabat perwakilan dan Yura pula sebagai pembaca berita cuaca bernama Chae Yoo-jin.

Kongsi pengarahnya,

Saya melihatkan kekuatan ekspresi dan imej keseluruhan pelakon itu. Untuk Park Min-young, saya memberi fokus kepada pembawaan indah dan mendalam oleh dirinya. Tenaga sihat yang dibawa Song Kang meninggalkan kesan mendalam buat saya. Yura biasa memainkan banyak watak kuat, namun pertama kali berjumpa, saya berasa penat dalam masa sejam sahaja. Tenaganya memang hebat, jadi dia sangat sesuai untuk membawa watak Chae Yoo-jin. Kebaikan asli Yoon Park membuatkan watak Han Ki-joon lebih mudah difahami.

Tambahnya lagi, terdapat pelbagai watak dan hubungan yang diselitkan di dalam drama ini. Jadi kesemua dinamik hubungan ini pastinya akan mempunyai peminat tersendiri.

netflix forecasting love & weather

Kredit: Netflix

Kisah cuaca yang mendalam

Uniknya “Forecasting Love & Weather” ialah kerana ia memberikan penekanan kepada ramalan cuaca yang realisitik. Oleh sebab itu, ia merupakan topik yang segar buat penonton.

Ulas Park Min-young,

Saya tidak pernah menonton drama yang memberi fokus yang lanjut mengenai perkhidmatan ramalan cuaca, jadi skripnya terasa segar. Apabila mula penggambaran, terdapat sedikit sesalan. Disebabkan ia adalah drama yang belum pernah dicuba, saya mengalami kesukaran dengan terminologi dan gaya percakapan. Tiada sumber yang boleh dijadikan rujukan. Ianya menyeronokkan namun susah. Apabila melakukan kajian, saya berasa berbangga dengan diri sendiri. Sekarang saya tak geram apabila menonton ramalan cuaca.

Bagi Song Kang juga, konsep cuaca adalah sesuatu yang baru buat dirinya dan semua. Tetapi ada kala dia tersenyum apabila membaca skrip drama itu.

Dialognya susah, jadi saya melihat pelbagai dokumentari. Namun peramal cuaca di dalamnya juga turut tersilap kata, jadi saya berasa lebih baik.

netflix forecasting love & weather

Kredit: Netflix

Rakan pelakon yang lain tertawa mendengar pengakuan Song Kang ini malah pengarah Cha Young-hoon menggelengkan kepala sambil ketawa dan mengatakan mungkin dia tak sepatutnya menjadikan dokumentari itu sebagai rujukan. Kelakar!

Gandingan Song Kang dan Park Min-young

Sudah pasti semuanya ingin tahu mengenai keserasian Song Kang dan Park Min-young kan?

Mengulas mengenai hubungan romantik wataknya dengan Song Kang, kata Park Min-young,

Apabila saya mendengar mengenai berita pengambilan pelakon, saya berasa gembira kerana akan bekerjasama dengan pelakon popular. Saya menonton beberapa projek Song Kang dan merasakan terdapat potensi besar di dalam dirinya. Saya merasakan bahawa saya dan pengarah mampu untuk membawa keluar sisi barunya.

netflix forecasting love & weather

Kredit: Netflix

Respon Song Kang pula,

Saya berasa gementar untuk bekerjasama dengan pelakon yang biasa ditonton di TV sejak kecil. Saya banyak bersedia dan bersyukur kerana dia sering menanyakan soalan dan memberikan tips untuk babak intim.

Mesej buat penonton

Untuk menaikkan jangkaan penonton, para pelakon berkongsi apa yang boleh dinantikan semua di dalam “Forecasting Love & Weather”.

Usik Park Min-young, episod pertama dan kedua drama ini akan menyajikan sebab mengapa drama ini ‘kejam’ dan pastinya semua akan tidak senang duduk apabila menonton tayangan awal itu.

netflix forecasting love & weather

Kredit: Netflix

Tambah Yura,

Ianya mengenai cinta dan bagaimana individu membina hubungan. Tak semuanya akan berlaku mengikut perancangan. Tak sentiasa berbunga dan panas, kadang kala akan ada konflik. Kesemua elemen itu digabungkan di dalam siri ini, jadi anda pasti akan seronok menonton drama ini.

Kata Yoon Park pula, kesemua staf dan pelakon dan pihak yang terlibat bekerja keras bagi menyampaikan maklumat yang tepat mengenai cuaca lantas dia mengharapkan agar penonton dapat merasai usaha itu semasa menontonnya.

netflix forecasting love & weather

Kredit: Netflix

Dah tak sabar? Jangan lupa saksikan episod pertama “Forecasting Love & Weather” di Netflix bermula 12 Februari.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...