Walaupun sampai dah masuk penjara, Seung-ri nampaknya masih tak serik selepas terpalit dengan skandal ‘Burning Sun’.
Baru-baru ini, BBC telah memuat naik dokumentari yang berdurasi hampir 1 jam, mendedahkan tentang skandal di kelab ‘Burning Sun’ yang melibatkan Seung-ri, Jung Joon-young dan ramai lagi.
Meskipun telah dijatuhkan hukuman penjara dan sebagainya, bekas ahli BIGBANG itu nampaknya masih belum serik dan kini dikatakan sedang dalam proses untuk menubuhkan kelab malam baru di Hong Kong.
Kongsi seorang netizen di laman Thread,
Lelaki ini memang tak akan pergi. Kawan saya melihatnya di Creamfields Hong Kong baru-baru ini. Saya juga dengar dari kawan yang bekerja di kelab malam bahawa dia menetap di Hong Kong kini dan akan menjalankan perniagaan di sini, di sekitar kawasan Tsim Sha Tsui.
Boleh tak awak jangan datang Hong Kong untuk buat duit? Kalau awak terserempak dengannya di Hong Kong, tolong bantu saya bertanya kepada ‘Bilakah awak akan mati???’.
Satu tangkapan skrin yang dikongsi turut mendedahkan,
Yeah, dia beramah mesra dengan ketua pengedar dan kelab arak. Ia seolah-olah berkaitan perniagaan. Terdapat begitu ramai wanita yang melakukan pembedahan plastik dan mata duitan yang bercakap dengannya.
Selepas laporan itu tersebar, netizen rata-rata jijik dengan sikap lelaki itu yang nampaknya langsung tidak menyesal akan perbuatannya. Antara komen yang ditulis,
- Sangat menjijikkan.
- Bila dia nak masuk penjara untuk sepanjang hidup?
- Dia nak jual dadah kat Hong Kong pula ke?
Semoga ada tindakan sewajarnya kat si Seung-ri ni.