Utama Drama Korea Ramai Teruja, Song Kang & Kim Yoojung Dilihat Jalani Penggambaran Drama ‘The...

Ramai Teruja, Song Kang & Kim Yoojung Dilihat Jalani Penggambaran Drama ‘The Demon’

song kang kim yoojung

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan antara Song Kang dan Kim Yoo-jung dalam sebuah drama!

Bagi yang belum tahu, Song Kang dan Kim Yoo-jung akan terajui drama “The Demon”, membawa kisah tentang Do-hee, seorang pewaris kaya yang mempunyai musuh di setiap sisi dan syaitan yang hilang kebolehan dalam sekelip mata menyelamatkannya.

Terbaru, dua pelakon itu dilihat sedang menjalani penggambaran drama tersebut, di suatu tempat di Seoul.

Meskipun gambar itu diambil dari jarak jauh dan kelihatan kabur namun, netizen tetap teruja ingin melihat keserasian Song Kang dan Kim Yoo-jung nanti.

Untuk pengetahuan, Kim Yoo-jung akan membawa watak sebagai Do Do-hee manakala Song Kang akan menjadi Jung Gu-won, di mana wataknya lebih hebat daripada manusia. Bagaimanapun, apabila lelaki itu kehilangan kuasanya, dia perlu bekerjasama dengan Do-hee untuk memulihkannya dan dari situ kisah percintaan mereka bermula.

Nantikan tayangan “The Demon”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNaver Blog
Loading...