Ikuti Kami:

Ramai Puas Hati Lihat Ending ‘More Than Friends’, Rating Kekal Dalam Lingkungan 1% Hingga Episod Akhir

Ramai Puas Hati Lihat Ending ‘More Than Friends’, Rating Kekal Dalam Lingkungan 1% Hingga Episod Akhir

Banyak betul drama yang melabuhkan tirainya sepanjang minggu lepas, salah satu daripadanya ialah “More Than Friends”.

Sinopsis ringkas

Disebabkan satu salah faham, Lee Soo (Ong Seong-woo) dan Kyung Woo-yeon (Shin Ye-eun) memendam rasa suka antara satu sama lain selama 10 tahun lamanya. Lelaki itu merupakan seorang jurugambar dan mempunyai rupa yang tampan manakala wanita tersebut pula adalah penulis kaligrafi. Ikuti kisah cinta tidak berbalas sejak kedua mereka berusia 18 tahun lagi.

episod akhir more than friends

Akhirnya bahagia

[Amaran SPOILER]

Rasanya kebanyakan penonton mula berasa lelah melihat Woo-yeon yang sering kali ditolak oleh Lee Soo meskipun sudah meluahkan rasa cintanya sejak bertahun lamanya. Pun begitu, semakin ramai yang menjadi keliru apabila wanita itu meminta untuk berpisah apabila mereka sudah pun menjadi pasangan kekasih. Pening!

Tapi nasib baik ketika episod akhir Lee Soo berterusan meluahkan rasa cintanya pada pameran fotografinya yang dikhaskan buat wanita itu. Melihatkan kesungguhannya, Woo-yeon nyata tidak dapat lagi menyembunyikan rasa sayangnya kepada lelaki tersebut. Bahagia juga akhirnya!

Pun begitu, penonton tak lepas untuk meluahkan rasa sedih melihat Oh Joon-soo (Kim Dong-jun) yang terpaksa melupakan perasaannya kepada Woo-yeon memandangkan wanita itu hanya memiliki Lee Soo dalam hatinya. ‘Second lead syndrome’ lagi..

episod akhir more than friends

[SPOILER Tamat]

Rating rendah

Sejak daripada awal tayangannya lagi, “More Than Friends” hanya mampu meraih rating yang rendah. Mungkin kerana perkembangan plot yang berulang ataupun penonton yang geram dengan watak utama, siapa yang tahu penyebabnya.

Sepanjang tayangannya, rating drama ini hanya kekal dalam lingkungan 1% sahaja di mana episodnya berkahir pada catatan 1.260%.

Mungkin ianya adalah drama yang disukai anda, jadi bolehlah mula marathon “More Than Friends” sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...