Ikuti Kami:

Ramai Persoal Sebab Gong Hyojin Kembali Ke Korea Tanpa Suami, Agensi Beri Respon

Ramai Persoal Sebab Gong Hyojin Kembali Ke Korea Tanpa Suami, Agensi Beri Respon

Selepas selesai melangsungkan majlis perkahwinan di New York, Gong Hyo-jin nampaknya sudah kembali bekerja untuk drama baru.

Terbaru pada 18 Oktober, Gong Hyo-jin telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, tanpa suaminya Kevin Oh, selepas berkahwin pada minggu lepas. Memandangkan dia adalah pengantin baru, kepulangannya seorang diri tanpa suami telah menimbulkan tanda tanya wartawan dan peminat.

Berikutan itu, agensi pelakon itu tampil menjelaskan,

Gong Hyo-jin memasuki negara ini seorang diri selepas perkahwinan di Amerika Syarikat, kerana jadual penggambaran drama.

Tambahnya lagi,

Buat masa ini, penggambaran drama baharu ‘Ask the Stars’ lakonan Gong Hyo-jin sedang berlangsung. Atas pertimbangan pihak produksi, banyak jadual penggambaran telah terlepas untuk jadual perkahwinan, jadi Gong Hyo-jin memutuskan untuk pulang sendirian. Sebaik pulang, kami bercadang untuk menyambung penggambaran mulai minggu ini.

gong hyojin lee minho

Bagi yang belum tahu, “Ask The Stars” yang diterajui Gong Hyo-jin dan Lee Min-ho, akan membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa serta jatuh cinta di stesen angkasa. Gong Hyo-jin akan membawa watak Eve Kim, seorang angkasawan kacukan Korea-Amerika.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...