Ikuti Kami:

Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang, Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang, Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

Siapa sangka kan, banyak yang Kim Sae-ron pendam sendiri selama ni..

Pasti ramai yang dah tahu kan tentang pendedahan yang dibuat tentang Kim Soo-hyun, mengenai hubungannya bersama Kim Sae-ron selama enam tahun sejak mendiang berusia 15 tahun.

Selain menafikan tentang hubungan mereka, keluarga wanita itu turut menyatakan menerusi media bahawa Kim Soo-hyun telah menuntut semula wang yang ‘konon’ diberikannya kepada Kim Sae-ron, untuk membayar pampasan dan ganti rugi disebabkan kes pandu mabuknya.

kim soohyun kim saeron

Sementara ramai yang masih terkejut, ada juga yang mempersoalkan sebab keluarga Kim Sae-ron memilih untuk mendedahkan tentang perkara sebenar hanya selepas kematian pelakon itu. Jelas ibu mendiang menerusi laporan media,

Sebab saya menceritakan tentang anak yang tidak lagi ada di sisi saya adalah untuk mengembalikan nama baiknya yang telah rosak disebabkan berita palsu. Ia bukan untuk mendapatkan keuntungan atau nak timbulkan kontroversi.

Selain itu, ibunya juga meluahkan bahawa dia ingin anaknya itu diingati sebagai seorang pelakon yang mendapat pengiktirafan atas lakonannya dan membersihkan semula namanya.

Setakat ini, agensi Kim Soo-hyun masih tegas dengan pendirian mereka dan menafikan segala dakwaan yang dibuat ke atas pelakon itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...