Ikuti Kami:

Ramai Pelakon Hebat! Ini 21 K-Drama Bakal Tayang Di Netflix Pada 2023

Ramai Pelakon Hebat! Ini 21 K-Drama Bakal Tayang Di Netflix Pada 2023

Akhirnya Netflix mengumumkan barisan drama Korea baru yang akan ditayangkan di platform itu pada tahun 2023 ini.

1. Love To Hate You

love to hate you

“Love To Hate You” ialah sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.

2. The Glory 2

the glory 2

“The Glory” membawa kisah seorang mangsa buli yang memulakan pelan membalas dendam buat pembulinya dengan menjadi guru kelas anaknya.

3. Bloodhounds

bloodhounds

Ia membawa kisah mengenai tiga lelaki berhutang yang berbelit dengan satu sama lain dan mula memburu wang

4. Celebrity

celebrity

Siri ini memfokuskan kepada kehidupan pelakon dengan persekitaran yang mencabar dan berdaya saing yang mereka hadapi.

5. Queenmaker

queenmaker

“Queen Maker” membawa kisah wanita terdesak yang melemparkan dirinya dalam gaung yang dalam bagi mencipta dunia yang benar dan adil.

6. Black Knight

black knight

Drama ini berlatar belakangkan masa hadapan distopia di mana pencemaran yang berada di tahap teruk membuatkan semua terpaksa meneruskan hidup dengan semua barangan perlu dihantar.

7. A Time Called You

a time called you

“A Time Called You” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee, yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon, seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia.

8. Song Of The Bandits

song of the bandits

Drama aksi romantik berlatar belakangkan tahun 1920 ini membawa kisah di mana penduduk melawan sesiapa yang cuba menakluki kawasan mereka bagi melindungi tanah, keluarga dan rakan seperjuangan.

9. D.P. 2

d.p. 2

“D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri.

10. Mask Girl

mask girl

Kim Mo-mi ialah seorang staf pejabat biasa yang mempunyai rasa rendah diri terhadap penampilannya. Selepas menjadi joki siaran langsung dengan menyarungkan topeng, pelbagai perkara aneh yang mula menimpanya.

11. Gyeongseong Creature

gyeongseong creature

Drama thriller makhluk ini menceritakan kisah mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

12. Sweet Home 2

sweet home 2

“Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

13. Doona!

doona!

Ia menceritakan mengenai seorang idola yang memilih untuk bersara dan Lee Won-jun, pelajar baru di kolej, tinggal di rumah kongsi yang sama.

14. Daily Dose Of Sunshine

daily dose of sunshine

Drama ini menceritakan kehidupan Jung Da-eun, iaitu seorang jururawat muda yang ditugaskan untuk menjaga wad psikiatri buat pertama kali dalam hidupnya.

15. Goodbye Earth

goodbye earth

Ianya merupakan adaptasi daripada novel garapan Isaka Tokaro di yang mengisahkan kelalutan dalam 200 hari sebelum dunia musnah dek pelanggaran asteroid.

16. Behind Your Touch

behind your touch

Ia akan berlatarkan kawasan luar bandar dan menceritakan kisah tentang apa yang berlaku di sana dengan cara yang berperikemanusiaan.

17. Crash Course In Romance

crash course in romance

Siri ini membawa kisah pahit manis hubungan antara pemilik kedai lauk yang tanpa sengaja menyertai perang peperiksaan kemasukan kolej Korea dan seorang pengajar matematik popular.

18. The Good Bad Mother

the good bad mother

Drama menyentuh hati ini mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, yang akan membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

19. King The Land

king the land

“King The Land” mengisahkan tentang waris chaebol bernama Goo-won yang tidak tahan dengan senyuman palsu. Dia bertemu Cheon Sa-rang yang sentiasa dilengkapi dengan senyuman cerah walaupun dia tidak mahu kerana sifat profesionnya, dan bersama-sama, mereka berdua mencari hari bahagia di mana mereka boleh tersenyum dengan ikhlas bersama-sama.

20. Destined With You

destined with you

Drama percintaan di manadi mana seorang peguam, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.

21. See You In My 19th Life

see you in my 19th life

Kisah percintaan misteri ini mulai hidup apabila Ban Ji-eun yang mempunyai ingatan hebat mengenai kehidupan lampaunya dan Moon Seo-ha, yang ditakdirkan untuk bertemu dengannya.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...