Ikuti Kami:

Ramai Mangsa Tampil Bersuara, Song Hayoon Mengaku Pernah Dibuang Sekolah Kerana Membuli

Ramai Mangsa Tampil Bersuara, Song Hayoon Mengaku Pernah Dibuang Sekolah Kerana Membuli

Kes buli yang melibatkan Song Ha-yoon telah menjadi perhatian netizen selepas makin ramai mangsa tampil bersuara.

Selepas agensi Song Ha-yoon menafikan dakwaan yang pelakon itu merupakan bekas pembuli, makin ramai mangsa serta bekas teman sekolah pelakon itu yang tampil bersuara dan menyatakan bahawa diri mereka turut pernah dibuli oleh pelakon “Marry My Husband” tersebut.

Salah seorang mangsa berkata,

Tuduhan ini ialah benar kerana kawan baik saya juga merupakan salah seorang mangsa Song Ha-yoon di sekolah menengah Banpo. Saya tahu yang lama kelamaan perangai sebenar dia akan diketahui ramai.

Awak tak kan pernah dapat tutup langit dengan tangan awak Song Ha-yoon. Sejujurnya, saya rasa jelek bila tengok awak berlakon seperti awak seorang yang baik di kaca TV. Jangan lupa yang awak dah 3 kali dibuang sekolah sebab membuli.

song-ha-yoon-bully

Selepas menerima beberapa pengakuan yang sama daripada bekas pelajar sekolah tersebut, agensi Song Ha-yoon akhirnya mengaku bahawa pelakon itu pernah dibuang sekolah.

Agensi Song Ha-yoon berkata,

Memang benar bahawa Song Ha-yoon pernah dibuang oleh sekolah menengah Banpo kerana membuli. Tapi dakwaan mangsa pertama yang mengatakan bahawa dirinya ditampar selama 90 minit itu adalah palsu.

Tambah mereka,

Song Ha-yoon tidak pernah berjumpa dengan wanita tersebut dan kami juga sedang mengumpulkan bukti fitnah dalam talian secara dalaman.

Hmm.. Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...