Ramai Makin Teruja, Choi Wooshik & Park Boyoung Mula Penggambaran Siri Netflix Baru
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Choi Woo-shik bersama Park Bo-young dalam sebuah drama!
Untuk pengetahuan, Choi Woo-shik dan Park Bo-young telah disahkan akan terajui drama Netflix “Melo Movie”, yang dijangka bakal ditayangkan pada 2024 ini.
Terbaru, seorang peminat telah berkongsi gambar dua pelakon itu, yang dilihat sudah pun mula menjalani penggambaran untuk drama berkenaan.
park bo young and choi wooshik filming set of their new netflix drama melo movie pic.twitter.com/HEnfVbN1rB
— Bovely.☁️ (@parkiminji) April 1, 2024
Sementara itu, drama ini akan mengikuti kisah percintaan gelap yang lucu tentang anak-anak muda yang sentiasa ‘mengangkat jari tengah’ walaupun berada dalam kesusahan. Kini, mereka ingin mencari seseorang untuk bersandar semasa mereka jatuh.
Selain itu, pelakon lain yang akan turut terlibat dalam “Melo Movie” ialah Lee Jun-young, Jeon So-nee, Kim Jae-wook dan ramai lagi.
Nantikan info lanjut mengenai drama ini!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




