Ikuti Kami:

“Ramai Cakap Saya Tak Boleh Jadi Hero Drama” – Namgoong Min

“Ramai Cakap Saya Tak Boleh Jadi Hero Drama” – Namgoong Min

Namgoong Min bercerita mengenai perjalanan keriernya sebagai pelakon.

Dalam episod terbaru YouTube ‘Fairy Jaehyung’, pelakon lelaki itu hadir sebagai tetamu dan bercerita lebih mengenai dirinya. Walaupun pernah mengalami penolakan, gagal dalam uji bakat dan menerima kritikan seperti “Kenapa awak tak boleh berlakon dengan lebih baik?” atau keraguan terhadap kebolehannya sebagai pelakon utama, dia tetap tidak berputus asa.

Namgoong Min berkata,

Saya cintakan lakonan, jadi saya teruskan, dan akhirnya sampai ke tahap ini.

Dia mengakui kejayaannya agak lewat muncul, sambil bergurau bahawa dia tidak sesuai dengan stereotaip bintang yang cepat terkenal kerana rupa paras dan ketinggiannya yang tidak setanding pelakon lelaki lain,

Sekarang, kebanyakan pelakon lelaki tingginya lebih 185 cm.

namgoong min

Namgoong Min menyatakan rasa puas dengan kedudukannya sekarang, dan menghargai segala kesusahan yang telah membentuk dirinya dan membantunya mengenal pasti kekurangannya. Dia mendedahkan bahawa walaupun setelah memberikan lakonan yang kuat, dia tetap mengekalkan sikap ingin memperbaiki diri dan tidak berasa selesa dengan pencapaian sedia ada.

Kalau seseorang itu berjaya terlalu cepat atau tidak diurus dengan baik oleh agensinya, dia mungkin melalui laluan yang mudah dan rasa seperti, ‘Apa yang tak kena dengan lakonan aku?’ Tapi bagi saya, kalau sesebuah projek gagal, saya adalah orang pertama yang rasa menyesal dan sakit hati. Sebab itu saya akan beri sepenuh usaha saya?

Temu bual ini menyerlahkan semangat dan dedikasi tulen Nam Goongmin, yang pastinya memberi inspirasi kepada peminat dan pelakon baru dengan kisah ketabahan dan kejayaannya yang datang lewat dalam industri yang sangat kompetitif.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...