Ikuti Kami:

“Ramai Cakap Saya Seronok Tapi..” – Song Jihyo Ulas Kemasukan Ji Yeeun Dalam ‘Running Man’

“Ramai Cakap Saya Seronok Tapi..” – Song Jihyo Ulas Kemasukan Ji Yeeun Dalam ‘Running Man’

Song Ji-hyo mengakui tekanan yang dilaluinya sebagai ahli “Running Man” dan bagaimana penyertaan Ji Ye-eun membantunya.

Terbaru, pelakon itu telah muncul dalam saluran YouTube ‘M드로메다 스튜디오’ menyiarkan episod terbaru rancangan hiburan “Jimeotdaero Sikttak”.

Dalam episod tersebut, Song Ji-hyo dan Ji Ye-eun memasak bersama sambil berbual mengenai pelbagai perkara. Sudah setahun menyertai “Running Man”, Ji Ye-eun berkongsi perasaannya,

Bukan susah sangat, tapi sejak jadi ahli tetap, saya rasa tekanan yang besar.

Ji Ye-eun kemudian mengimbas kembali kenangan awalnya bersama Ji-hyo dalam ‘Running Man’.

Dia bertanya,

Kakak masih ingat tak masa saya mula-mula masuk ‘Running Man’, apa yang kakak cakap secara jujur?

sonh jihyo

Song Ji-hyo menjawab,

Orang mungkin fikir best sebab jadi satu-satunya ahli perempuan, tapi sebenarnya bukan. Saya sangat perlukan seorang rakan dan Ye-eun datang tepat pada masanya. Kakak rasa bersyukur sangat, sebab tu kakak cakap ‘terima kasih sebab datang.’

Ji Ye-eun mengaku,

Saya hampir menangis bila dengar kakak cakap macam tu sebab saya rasa keikhlasan kakak.

Song Ji-hyo turut menambah, “Saya cakap yang ‘sebab awak, beban saya jadi lebih ringan, awak benar-benar beri saya kekuatan’,” mencipta suasana hangat dan menyentuh hati dalam perbualan tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...