Kim Jong-kook sebenarnya merupakan seorang selebriti yang berbakat dalam pelbagai bidang.
Dalam sebuah temubual bersama media bagi meraikan kemenangan ‘Penghibur Terbaik’ di Anugerah Baeksang baru-baru ini, lelaki itu menceritakan lebih mengenai falsafah hidup dan pendiriannya.
Antara yang ditanyakan ialah mengenai pandangannya terhadap dunia hiburan sebagai seseorang yang debut sebagai penyanyi. Katanya, personalitinya banyak berubah berbanding semasa aktif sebagai ahli Turbo di mana dia lebih terbuka untuk menonjolkan personaliti sebenarnya.
Bukan itu sahaja, dia mengakui bahawa cara pengacaraan dan peradaban dalam dunia hiburan banyak terpengaruh dengan Yoo Jae-suk memandangkan mereka mengenali satu sama lain sejak program “X-Men”.
Saya banyak terpengaruh dengan Yoo Jae-suk. Kadang kala apabila mengacara, ada yang mengatakan ‘Awak macam Jae-suk’. Semasa saya mengemudi program YouTube pun, ada ketika saya terasa ‘Saya berfikir seperti hyung (Yoo Jae-suk).
Dalam pada itu, Kim Jong-kook bakal mengadakan konsert solo bermula bulan Julai ini sekaligus menunaikan permintaan peminat yang mahu mendengar dia menyanyi semula.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉