Ikuti Kami:

Rakan Selebriti Dedah Sulli Beberapa Kali ‘Minta Bantuan’ Dalam IG Peribadinya

Rakan Selebriti Dedah Sulli Beberapa Kali ‘Minta Bantuan’ Dalam IG Peribadinya

Memang benar kemurungan itu adalah pembunuh yang senyap. Siapa sangka seorang gadis secantik Sulli nekad mengambil nyawanya sendiri walaupun baru berusia 25 tahun. Pernah berkongsi mengenai masalah kesihatannya seperti serangan panik dan kebimbangan yang teruk, ramai menebak bahawa itu adalah punca utama dia membunuh diri.

hong seokchun dedah sulli sering minta bantuan dalam instagram peribadinya

Terbaru, seorang personaliti televisyen iaitu Hong Seokchun yang juga merupakan rakan baik mendiang telah mendedahkan bahawa gadis itu pernah beberapa kali ‘meminta bantuan’ menerusi akaun Instagram peribadinya. Walaupun mempunyai akaun Instagram terbuka (jelly_jilli) untuk tatapan peminatnya, dia turut mempunyai akaun peribadi lain yang dikhaskan untuk teman-teman rapatnya sahaja.

Menurut Hong Seokchun, sehingga hujung tahun lepas, Sulli pernah beberapa kali meluahkan dalam akaun peribadi itu bahawa dia sedang menghadapi masa yang sukar. Rakan-rakannya yang melihat kesengsaraannya itu telah mencuba pelbagai cara untuk menyokong dan menceriakannya.

hong seokchun dedah sulli sering minta bantuan dalam instagram peribadinya

“Kebanyakan selebriti terutamanya idola mempunyai akaun media sosial biasa tetapi turut ada akaun peribadi. Sehingga hujung tahun lepas, Sulli memuat naik banyak entri kepada rakannya dan meluahkan dirinya yang sedang menghadapi kesusahan.

“Ramai yang risaukannya lantas kami cuba membantu dan mendampinginya namun dia kelihatan lebih ceria sejak kebelakangan ini,” jelas Hong Seokchun.

Melihatkan kondisi Sulli yang semakin elok dan ceria pada awal tahun ini, ramai yang menganggap bahawa dia sudah elok. Sebab itulah ramai yang terkejut apabila mendengar perkhabaran bahawa dia telah mengambil nyawanya sendiri.

Sumber: Nextshark

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...