Ikuti Kami:

Rakan Baik Jung Woosung, Lee Jungjae Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Delayed Justice’

Rakan Baik Jung Woosung, Lee Jungjae Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam ‘Delayed Justice’

Khabarnya Lee Jung-jae bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama rakan baiknya, Jung Woo-sung iaitu “Delayed Justice”.

Menurut sumber, Lee Jung-jae akan menjalani penggambaran untuk kemunculan istimewa ini pada 12 Januari (hari ini). Dia akan membawa watak Jang Tae-joon yang merupakan karakternya dalam drama opular JTBC “Chief Of Staff”.

Kalau anda nak tahu, Jung Woo-sung dan Lee Jung-jae dikenali dalam industri seni Korea sebagai rakan baik. Mereka berdua membintangi filem “City Of The Rising Sun” pada tahun 1999 dan mereka juga bakal bergandingan dalam sebuah filem baru “Hunt” tak lama lagi.

lee jungjae dan jung woosung

Bahkan anda juga bakal melihat Jung Woo-sung sebagai ganti watak Park Sam-soo dalam “Delayed Justice” bermula episod 17 yang akan ditayangkan pada 15 Januari nanti.

Fuh! Penuh dengan pelakon hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...