Ikuti Kami:

Rakan Baik & Anak Sendiri Belot Buat Penonton ‘Panas’ Tonton ‘The World Of The Married’, Rating Lepasi 20%!

Rakan Baik & Anak Sendiri Belot Buat Penonton ‘Panas’ Tonton ‘The World Of The Married’, Rating Lepasi 20%!

Drama “The World Of The Married” kini semakin mengganas dan membuatkan para penonton tak senang duduk untuk menantikan apa yang bakal terjadi kepada Ji Sun-woo setelah dikhianati oleh orang yang terdekat dengannya sendiri.

Kisah tragis rumah tangga Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) bermula apabila dia membongkarkan rahsia kecurangan suaminya sendiri, Lee Tae-oh (Park Hae-jun) bersama dengan seorang perempuan muda iaitu Yoo Da-Kyung (Han So-hee).

Meskipun sudah terang lagi bersuluh, karakter si suami dan perempuan simpanan itu membuatkan ramai penonton yang marah kerana sikap tak malu mereka. Tetapi banyak lagi watak sampingan lain yang membuatkan semua orang menggelegak dan naik angin!

Jun-young, anak tunggal Sun-woo dan Lee Tae-oh

Siapa sangka seorang anak yang sepatutnya menyebelahi ibunya yang dikhinati, sanggup menabur garam lagi pada luka Sun-woo dengan menyokong ayahnya yang curang. Jun-young (Jeo Jin-seo) tanpa bersalah mengakui bahawa ayahnya mengkhianati ibunya dan bukannya dirinya.

Ayah khianati ibu tapi bukan saya.

junyoung the world of the married

Ayah lebih kenali saya daripada ibu!

junyoung the world of the married

Bayangkan Jun-young sampai sanggup tipu ibunya semata-mata untuk hadiri majlis kepulangan ayah dan ibu tirinya. Walaupun dia mungkin terkesan dengan penceraian mereka tetapi tidak sepatutnya dia melayan ibunya seperti itu.

Walhal Sun-woo terpaksa menahan perasaan dikhianati Tae-oh dan melakukan segalanya supaya dapat menyara mereka sekeluarga. Si ayah dengan tak malunya menggunakan duit yang dimiliki oleh isterinya untuk Da-kyung serta sanggup habiskan duit insurans anaknya sendiri. Tetapi Jun-young masih mahu hidup bersama ayahnya!

Seol Myung-seok, ‘rakan baik’ Sun-woo

Betul lah apabila ada yang katakan kadang-kadang kita tak boleh letak kepercayaan yang penuh walaupun ke atas rakan baik sendiri. Seol Myung-seok (Chae Gook-hee) yang juga merupakan doktor di tempat yang sama dengan Sun-woo merupakan salah satu watak yang paling dibenci buat masa ini, bahkan dia lebih tak guna daripada Tae-oh. Bayangkan wanita ini sudah mengetahui tentang kecurangan lelaki itu dan tergamak membantu menyimpan rahsia tersebut.

Bukan itu sahaja, Myung-seok kini dalam diam sedang berkomplot dengan Tae-oh untuk menyingkirkan Sun-woo daripada jawatan timbalan pengarah hospital tersebut. Depan berlakon baik tetapi di belakang Sun-woo, ‘rakan baik’ itu sudah merencana pelbagai perkara untuk menjatuhkannya.

seol myungseok the world of the married

Nescaya, watak-watak ini menerima cacian penonton pada saban episod. Apalah perasaan Sun-woo apabila orang paling rapat dengannya adalah sebenarnya pembelot utama?

Apa pun, disebabkan oleh plot drama “The World Of The Married” ini yang mendebarkan dan menyakitkan hati, rating episod terbarunya telah berjaya mencecah bumbung 20% buat julung kalinya dan mencatatkan rekod peribadi terbaik iaitu 20.1%!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...