Ikuti Kami:

Rakan Artis Tampil Bersuara, Korea Akan Gubal Undang-Undang Baru Untuk Membela Mendiang Lee Sunkyun

Rakan Artis Tampil Bersuara, Korea Akan Gubal Undang-Undang Baru Untuk Membela Mendiang Lee Sunkyun

Pada 12 Januari, Persatuan Seniman Budaya telah mengadakan sidang media ‘Tuntutan artis budaya menghadapi kematian mendiang pelakon Lee Sun-kyun’.

Ianya telah dihadiri oleh beberapa nama besar di dalam industri lakonan seperti pengarah Bong Joon-ho dan Lee Won-tae, penyanyi serta penerbit Yoon Jong-shin, 12 pengarah persatuan industri filem dan ramai lagi.

Di sidang tersebut, mereka telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai kejadian yang menimpa mendiang Lee Sun-kyun.

Di mana, mereka telah menggesa agar pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan ke atas kes pelakon tersebut dengan menyeluruh serta merungkap kebenaran yang sebenar secepat mungkin.

Malah, kesemua yang hadir turut meminta media daripada melaporkan artikel yang tidak dibenarkan serta memadam artikel yang tidak memenuhi tujuan pelaporan.

lsk press

Mereka juga menuntut semakan undang-undang semasa untuk melindungi hak asasi manusia bagi artis budaya.

Tidak berhenti di situ, Majlis Perpaduan Korea turut mengumumkan bahawa mereka akan mewujudkan “Akta Pencegahan Lee Sun-kyun” untuk mengelak daripada perkara seperti ini terjadi sekali lagi.

Wakil mereka berkata,

Disebabkan insiden ini, kami akan bekerjasama secara aktif dengan semua organisasi untuk menggubal undang-undang yang dipanggil ‘Akta pencegahan Lee Sun-kyun’.

Semoga keadilan berpihak kepada mendiang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...