Ikuti Kami:

“Jangan Tayang Rakaman Ini” – Gagal Namakan Semua Ahli BTS, Hyeri Terus Panik

“Jangan Tayang Rakaman Ini” – Gagal Namakan Semua Ahli BTS, Hyeri Terus Panik

Merupakan kumpulan popular di seluruh dunia, siapa je yang tak kenal BTS kan?

Terbaru, program “HMLYCP” telah ditayangkan, di mana ahli harus meneka nama lagu atau ahli untuk kumpulan K-Pop.

Bagi yang belum tahu, “HMLYCP” adalah program yang mengikuti Hye-ri, Mi-yeon (G)I-DLE, Leejung Lee, Choi Ye-na, Chae-won LE SSERAFIM dan Patricia, mengharungi kehidupan kompleks mereka di sebuah perkampungan pergunungan terpencil.

Ketika sedang bermain kuiz, Hye-ri gagal untuk menamakan kesemua 7 ahli kumpulan BTS dalam masa 10 saat. Apabila masa sudah tamat, wanita itu nampaknya tidak dapat menyebut nama Jin dan juga Ji-min.

Terdiam seketika, Hye-ri kemudiannya berkata,

Saya menjadi gila. Saya benar-benar tidak ingat. Apa yang boleh saya lakukan?

Ahli yang lain kemudiannya memberitahu,

Rakaman ini tidak boleh disiarkan. Sila lindungi kakak saya.

Masih kecewa dengan diri sendiri, Hye-ri menyalahkan pasukan produksi,

Mengapa awak bertanya soalan ini? Saya juga adalah ARMY! Saya suka BTS.

Nervous sangat tu Hye-ri, sampai tak boleh nak ingat.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...