Ikuti Kami:

Rakam Video Wanita Tanpa Izin, Penyanyi Rap Bassagong Buat Permohonan Maaf

Rakam Video Wanita Tanpa Izin, Penyanyi Rap Bassagong Buat Permohonan Maaf

Merakam video seseorang tanpa keizinan atau dengan tujuan seksual semestinya salah di mana-mana negara sekalipun. Terbaru, seorang penyanyi rap Korea, Bassagong dikhabarkan membuat kesalahan tersebut.

Terdahulu, isteri kepada Don Mills telah memberi kenyataan bahawa rakannya merupakan mangsa rakaman video tersebut. Melalui akaun rasmi Instagram isteri Don Mills, dia memberi kenyataan seperti berikut,

Dia memberi kenyataan bahawa dia hanya bercakap dengan wanita melalui mesej? Dia meninggalkan satu bahagian di mana dia merakam wanita itu tanpa izin dan kemudian menghantar video itu kepada orang lain?

Jika dia merasa sedikit  bersalah, dia tidak akan bercakap tentang sesuatu seperti itu dalam program realiti.  Jadi itu bermakna dia tidak rasa bersalah langsung? Saya harap dia berhenti sahaja. Kerana kenyataan dia membuat saya mahu menghubungi polis.

Sehubungan dengan itu, Don Mills sendiri turut memberi kenyataan mengenai isu yang dibangkitkan oleh isterinya melalui akaun Instagram miliknya.

Hello, ini Don Mills.
Mengenai isu yang dilaporkan melalui pelbagai platform media hari ini telah membimbangkan keluarga saya yang saya sayangi, kenalan rapat saya dan orang sekeliling saya. Oleh itu, saya berasa kecewa.

Saya berterima kasih dan memohon maaf kepada ramai orang atas kebimbangan yang ditimbulkan, tetapi mangsa, telah menerima permohonan maaf secara peribadi dan berharap keadaan ini tidak dibesarkan. 

Saya rasa keadaan mental mangsa adalah yang paling penting. Oleh itu, saya rasa wajar kita membantu mangsa supaya keadaan boleh membaik sesuai mengikut kehendak mereka.
Melainkan mangsa sendiri yang membenarkannya, saya tidak boleh, dan tidak sepatutnya, mengulas apa-apa yang berkaitan dengan isu itu.

Akhir sekali, banyak media telah menggunakan gambar tanpa kebenaran, sebab itu isteri saya menukar Instagramnya kepada akaun peribadi. Tolong buang semua gambar keluarga saya yang telah dimuat naik.

don mills

Namun menerusi laman Instagram rasmi miliknya, (@bassagong_), dia telah memuat naik satu kenyataan permohonan maaf secara tiba-tiba yang mana telah mengukuhkan lagi kesalahan dirinya.

Saya memohon maaf kerana telah menimbulkan kontroversi.

Saya akan membuat permohonan maaf dan muhasabah diri saya semula.

Selain itu, isteri Don Mills juga telah memuat naik satu lagi kenyataan melalui akaun Instagramnya, untuk menjelaskan salah faham mengenai kontroversi itu. Isteri Don Mills menyatakan bahawa Bassadong dan mangsa telah mencapai jalan penyelesaian mengenai perkara itu selepas dia membuat permohonan maaf secara ikhlas. Isteri Don Mills memberi kenyataan seperti,

Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, saya ingin menyampaikan beberapa penjelasan bagi pihak mangsa.

Mangsa meminta untuk menjelaskan bahawa Bassagong tidak menyebarkan gambar itu berulang kali. Isu itu berlaku hanya sekali, dan ia mendedahkan gambar mangsa yang sedang tidur tanpa pakaian.

Terdapat salah faham mengenai mesej lain yang saya terima sejurus selepas menyiarkan tuduhan itu. Adalah kesilapan saya untuk menghantar mesej dengan tuduhan yang tidak disokong oleh bukti.

Jelas sekali, semuanya bermula dari salah faham dan perkara ini berlarutan akibat perkara ini dimuat naik di media sosial dan mengundang marah dan kerisauan daripada kalangan peminat. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan tenang.

Korang sabar eh, biar pihak yang terlibat je settle okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...