Ikuti Kami:

Raja ‘Cameo’! Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K-Drama Ini Dalam 2021

Raja ‘Cameo’! Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K-Drama Ini Dalam 2021

Peminat K-Drama pastinya perasan kemunculan Lee Kyu-hyung dalam pelbagai drama tahun ini. Bukannya sebagai teraju utama tetapi sebagai watak kameo ataupun jemputan sebentar sahaja.

Korang perasan tak dalam drama mana?

Hospital Playlist 2

Mengambil nama wataknya dalam “Prison Playbook”, Lee Kyu-hyung menjadi Yoo Han-yang, iaitu abang kepada pesakit dirawat oleh Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) di mana ibunya mahu menjodohkan mereka.

lee kyuhyung hospital playlist 2

The Witch’s Diner

Muncul dalam episod pertama, pelakon itu menghidupkan watak seorang bapa tunggal yang gila berjudi sehingga sanggup menggadaikan semua dengan mendapat bantuan si ahli sihir, Jo Hee-ra (Song Ji-hyo).

lee kyuhyung the witch's diner

Racket Boys

Dalam drama ini, Lee Kyu-hyung melakonkan watak Park Jung-hwan yang kembali ke Haenam.

lee kyuhyung racket boys

Happiness

Merupakan sahabat baik Yoon Sae-beom (Han Hyo-joo) dalam pasukan khas, namun nasib tak menyebelahinya apabila dia dijangkiti virus baru yang melanda dunia.

lee kyuhyung happiness

Would You Like A Cup Of Coffee?

Dalam drama ini, dia membawa watak Seung-min, seorang pelanggan kafe dimiliki Park Seok (Park Ho-san) yang mengada-ngada. Ada sahaja yang tak kena, minta tukar muzik, suhu kafe yang terlalu sejuk dan macam-macam lagi.

lee kyuhyung would you like a cup of coffee

Bukan kameo sahaja tahu, tapi Lee Kyu-hyung juga menampilkan persembahan yang hebat sebagai penjahat pada tahun ini.

The Voice 4

Bawa kelainan, Lee Kyu-hyung membawa watak antagonis dalam drama ini iaitu Dong Bang-min yang mempunyai 4 personaliti.

lee kyuhyung voice 4

Busy sangat Lee Kyu-hyung tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...