Rain dan Kwan Sang-woo nampaknya tak puas menceritakan keseronokan berkahwin dengan pasangan masing-masing!
Dalam episod terbaru program hiburan web Rain “Season B Season”, Rain telah menghabiskan masa bersama rakan baiknya iaitu pelakon Kwon Sang-woo. Semasa sedang memandu, Rain berseloroh dan mengatakan bahawa mereka berdua merupakan suami yang bagus.
Sujujurnya, tiada siapa yang pentingkan keluarga dan baik seperti kita berdua. Fikirkannya, kita makan sarapan, kemudiannya bersenam. Kita makan tengah hari, dan bersenam. Kita makan malam, kemudiannya bersenam.
Tambah Kwon Sang-woo pula,
Isteri saya suka apabila saya cakap yang saya mahu bersenam, dan kemudian masuk ke bilik sebelah. Sebabnya, saya tak keluar rumah langsung.
Lelaki itu terus meluahkan rasa bangga,
Sudah 12 tahun saya berkahwin dan sejujurnya, rasa seperti kami masih lagi bercinta.
Isteri saya masih lagi tak tunjuk ‘fungsi badan’ (melepaskan kentut) dan sebagainya. Saya tak pernah bau atau dengar apa-apa.
Apabila Rain ditanya dengan soalan yang sama, penyanyi itu menjawab,
Kami masih lagi melakukan satu perkara ini. Setiap hari sebelum keluar rumah, kami akan bercium.
Pun begitu, Kwon Sang-woo nampaknya tak berpuas hati dengan jawapan tersebut,
Bukan ke awak patut bercium pagi dan petang, tak kisahlah pukul berapa, tanpa waktu yang tetap.
Pelakon itu terus berkongsi bahawa dia dan isterinya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 pada September lepas,
Saya sewa sebuah bar jazz dan mengupah kugiran. Dan saya nyanyikannya lagu.
Mendengarkan pendedahan rakan baiknya itu, Rain meluahkan rasa kagum dengan rumah tangga mereka berdua.
Bagi yang tidak tahu, Rain telah pun berkahwin dengan pelakon Kim Tae-hee pada tahun 2017 manakala Kwon Sang-woo pula berlakon dengan pelakon Son Tae-young pada 2008.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.