Ikuti Kami:

Rain Dituduh ‘Scam’ Hartanah Bernilai RM30 Juta, Tapi Apa Kebenarannya?

Rain Dituduh ‘Scam’ Hartanah Bernilai RM30 Juta, Tapi Apa Kebenarannya?

Secara tiba-tiba Rain terpalit dengan tuduhan yang dia menipu dalam urusan jual beli hartanah.

Menurut dakwaan seorang pempengaruh, lelaki itu menjual rumah agam Itaewon pada harga 8.5 bilion won (RM29.7 juta) pada Mei lalu.Malah mangsa sudah pun melaporkan penipuan itu pada Balai Polis Yongsan di bawah tuduhan Akta Hukuman Berat Jenayah Ekonomi Spesifik.

Katanya, mereka telah pun menandatangani perjanjian untuk menjual beli hartanah satu sama lain di mana Rain pula berjanji akan membeli bangunan mangsa dengan nilai 23.5 bilion won (RM82.1 juta).

Walau bagaimanapun, Rain dikatakan tidak memberi kebenaran mangsa untuk memasuki rumah berkenaan atas alasan Kim tae-hee di rumah dan ianya melanggar hak privasi mereka sekeluarga.

rain

Pun begitu, mangsa memilih untuk mempercayai Rain selepas melihat foto rumah yang dihantarnya. namun selepas kontrak siap ditandatangani, dia mendapat rumah lain daripada foto yang ditunjukkan di mana gambar asal itu merupakan rumah gah di California.

Respon agensi Rain mengenai hal ini,

Tuduhan itu adalah palsu dan tiada sebaang aduan pun diterima. Agak mengarut yang pembeli membeli rumah bernilai bilion won hanya dengan melihat foto. Tuduhan itu salah hanya dengan melihat pendaftaran bangunan atau pengesahan ketika membeli dan menjual hartanah.

Oleh itu, agensi berkenaan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas atas tuduhan ini kerana ia secara tak langsung memburukkan imej penyanyi itu sebagai figura awam.

Ish ish..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...