Berita sedih buat penonton “Good Partner”.
Menurut laporan media, drama berkenaan akan ditangguhkan dari 27 Julai hingga 10 Ogos untuk siaran langsung SukanOlimpik Paris 2024.
Episod ke-6 akan disiarkan pada 16 Ogos.
“Good Partner” mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza iaitu Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), seorang peguam yang sudah 17 tahun bekerja di Firma Peguam Daejung dan Han Yu-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam yang masih baru di sana.
Dalam pada itu, drama ini berjaya mencapai rating yang tinggi iaitu 13.7% dalam 4 episod sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.