Ikuti Kami:

Raih Rating Tertinggi Dalam Sejarah ENA, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘Extraordinary Attorney Woo’

Raih Rating Tertinggi Dalam Sejarah ENA, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sedihnya apabila drama kegemaran ramai iaitu “Extraordinary Attorney Woo” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Ia membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes yang mencabar selain melawan prejudis terhadap orang kelainan upaya.

Semua berakhir gembira

[Amaran SPOILER]

Kes Raon menghadapi kesulitan pada awalnya kerana pengaruh Tae Su-mi bagi memastikan anak lelakinya, yang juga merupakan adik tiri Woo Young-woo tidak ditangkap kerana menggodam data pusat beli-belah itu. Walau bagaimanapun, wanita itu akhirnya menyedari dia terlalu taksub untuk menjadi yang terbaik hingga merosakkan segalanya lantas memilih untuk membetulkan keadaan.

ending extraordinary attorney woo

Akhirnya kes itu berjaya diselesaikan dan kesemua mereka termasuklah Woo Young-woo, Lee Jun-ho (Kang Tae-oh), Jung Myung-seok (Kang Ki-young), Choi Soo-yeon (Ha Yoon-kyung), Dong Geu-ra-mi (Joo Hyun-young), Kwon Min-woo (Joo Jong-hyuk), dan yang lain menemui bahagia mereka.

Apa yang membuatkan penonton tersenyum ialah apabila melihat Woo Young-woo dan Lee Jun-ho memilih untuk menyambung kasih yang terputus sebelum ini selain wanita itu berjaya menjadi peguam tetap di Hanbada kini. Yes!

ending extraordinary attorney woo

Rating mencanak naik

Cipta rekod baru hampir setiap episod, “Extraordinary Attorney Woo” sekali lagi melakar sejarah apabila meraih rating 17.534% untuk episod terakhirnya. Bukan sahaja catatan terbaik di saluran ENA malah ia memasuki ranking Top 10 rating tertinggi bagi saluran kabel di Korea.

Dalam pada itu, “Extraordinary Attorney Woo” disahkan bakal kembali pada 2024 untuk musim keduanya.

Best tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...