Ikuti Kami:

Raih Rating Hampir 30%, Ramai Berteka-Teki Tonton Episod Akhir Musim Pertama ‘The Penthouse’

Raih Rating Hampir 30%, Ramai Berteka-Teki Tonton Episod Akhir Musim Pertama ‘The Penthouse’

Akhirnya tamat juga musim pertama “The Penthouse” setelah berminggu-minggu membuatkan penonton tak senang duduk.

*Kepada yang belum tonton episod 21, dilarang baca. Spoiler dahsyat.

[Amaran SPOILER]

Selepas kematian Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah), kesemua bukti menunjukkan bahawa Oh Yoon-hee (Eugene) ialah pembunuhnya. Wanita itu kemudiannya mengaku bersalah dan mengatakan bahawa dia cemburu dengan kehidupan Shim Su-ryeon lantas bertindak menamatkan riwayatnya.

episod akhir musim pertama the penthouse

Berpura-pura bersedih atas kematian wanita itu, walaubagaimanapun mereka bersyukur kerana akhirnya misteri pembunuhan Min Seol-ah yang menempelkan imej buruk pada Hera Palace akhirnya akan tamat.

Siapa sangka rupanya Eun-byeol menyaksikan kematian datuknya dek ibunya, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dengan matanya sendiri. Dia yang mula kemurungan dan langsung tidak bercakap atau pun makan membuatkan wanita itu mengesyaki ada sesuatu yang membelenggu anaknya.

episod akhir musim pertama the penthouse

Putar semula ketika kejadian malam tersebut, rupanya Joo Dan-tae yang menikam isterinya sendiri beberapa kali atas bantuan pembantu rumah yang obses dengannya. Tapi plot twistnya ialah Suk-hoon ternampak ayahnya memberikan wang kepada pembantu rumah itu dan mula mengesyaki bahawa Joo Dan-tae adalah dalang disebalik kematian ibunya.

episod akhir musim pertama the penthouse

Logan Lee juga tidak terlepas daripada genggaman Joo Dan-tae apabila dia mengugut ayah lelaki itu mengenai rahsia Min Seol-ah dan kejahatannya. Disebabkan itu Joo Dan-tae kembali mendapat haknya dan melepaskan Logan Lee pergi tanpa mengapa-apakannya.

Mengesyaki bahawa Oh Yoon-hee adalah pembunuh adiknya dan Shim Su-ryeon, lelaki itu mencipta satu kemalangan bagi menculik wanita tersebut yang sedang dalam perjalanan ke penjara. Ketika bergaduh dengan Oh Yoon-hee dan mahu membunuhnya, wanita itu sendiri yang menikam lehernya dengan objek tajam dan Logan Lee berlalu pergi.

episod akhir musim pertama the penthouse

Banyak betul yang terjadi dalam episod akhir ini kan?

[SPOILER Tamat]

Berakhir dengan pelbagai persoalan, penonton sudah pun mencipta teori mengenai apa yang akan berlaku dalam musim kedua “The Penthouse”. Disebabkan kepopularitian drama ini, sudah ramai yang tak sabar menantikan apa yang akan berlaku nanti.

Dahsyat! Ini kerana episod penutup musim pertama ini merekodkan rating terbaik sepanjang tayangan iaitu 23.6% dan 28.8%. Satu rekod yang sukar dicapai oleh drama di stesen awam kini, lantas membuktikan bahawa “The Penthouse” popular dalam kalangan orang Korea.

Apa yang anda jangka akan berlaku dalam musim kedua nanti? Khabarnya ia akan memulakan tayangan 19 Februari nanti~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...