Tuah “All Of Us Are Dead”, Yoon Chan-young telah dipilih sebagai duta ‘Coach’!
Yoon Chan-young yang telah mendapat perhatian dek wataknya sebagai Lee Cheong-san dalam siri Netflix popular “All Of Us Are Dead”, telah dilantik sebagai duta terbaru bagi jenama mewah New York, ‘Coach’. Bukan itu sahaja, Yoon Chan-young juga merupakan selebriti Korea pertama yang mendapat jawatan tersebut. ‘Coach’ mengumumkan,
Kami telah memilih Yoon Chan-young, yang telah muncul sebagai trend global menerusi siri Netflix ‘All Of Us Are Dead’, sebagai duta pertama Korea untuk jenama mewah moden New York, Coach.
Yoon Chan-young turut berkongsi perasaannya,
Saya sangat gembira dapat bersama anda sebagai duta untuk jenama yang saya suka pakai dan menerima inspirasi daripadanya.
https://twitter.com/Coach/status/1499453972691800065
Hebat kan penangan Yoon Chan-young. Tahniah!