Macam menarik je muzikal “Shakespeare in Love” ni!
Buat pengetahuan, “Shakespeare in Love” ini merupakan satu muzikal adaptasi bagi filem pada 1998.
Kisah ini berkisar mengenai William Shakespeare yang memulakan perjalanan hidupnya sebagai seorang penulis. Dia kemudiannya bertemu dengan Viola, seorang anak bangsawan, yang sering menggayakan pakaian sebagai lelaki demi untuk menghadiri pertandingan uji bakat muzikal. Sebelum ini, pihak produksi mengesahkan bahawa Kim Yoo-jung dan Chae Soo-bin bakal menyertai Jung So-min, Jung Moon-sung, Lee Sang-yi dan juga Kim Sung-cheol sebagai teraju utama muzikal tersebut.
Dalam muzikal ini, Jung Moon-sung, Lee Sang-yi dan Kim Sung-cheol akan melakonkan watak William Shakespeare. Manakala, Jung So-min, Chae Soo-bin dan juga Kim Yoo-jung bakal membawa watak sebagai Viola de Lesseps yang bercita-cita tinggi, iaitu kekasih hati kepada William Shakespeare.
Muzikal “Shakespeare in Love” ini dijangka bakal mula bersiaran pada 28 Januari sehingga 26 Mac tahun hadapan di CJ Towol Theater.
Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.