Semalam telah berlangsung majlis ‘2021 KBS Entertainment Awards’ dan ramai penghibur yang menerima anugerah bagi menghargai pencapaian mereka untuk tahun ini.
Pertama kali dalam kariernya, Moon Se-yoon telah dianugerahkan anugerah utama (daesang) dek aktif dalam pelbagai program KBS tahun ini seperti “2 Days & 1 Night”, “Godfather” dan “Trot Magic”.
Tidak dapat menahan sebak, lelaki itu mengucapkan terima kasih pada keluarganya serta rakan seperjuangn lain yang menjadi pemangkin kepada kemenangan bermakna ini.
Namun yang paling menarik perhatian ialah apabila Moon Se-yoon tidak lupa menyebut nama Kim Seon-ho meskipun lelaki itu telah meninggalkan “2 Days & 1 Night” beberapa bulan lalu.
Walaupun tidak dapat bersama kita, saya juga berterima kasih kepada Kim Seon-ho.
Umum mengetahui bahawa Kim Seon-ho mengundurkan diri program popular berkenaan selepas terpalit dengan kontroversi berikutan pendedahan bekas kekasihnya. Walaubagaimanapun, reaksi netizen berubah simpati apabila mengetahui mengenai kebenaran sebenar di sebalik pendedahan itu lantas mengharapkan agar pelakon itu akan kembali aktif.
Pun begitu, Kim Seon-ho kelihatan lebih senang menjauhkan diri dari perhatian umum kini selain sedang sibuk dengan penggambaran filem “Sad Tropics”.
Rata-rata peminat memuji keberanian Moon Se-yoon untuk menyebut nama Kim Seon-ho dalam majlis yang besar itu.
Tahniah Moon Se-yoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.