Ikuti Kami:

Punyai IQ Lebih 100, 5 Selebriti Lelaki Korea Ini Merupakan Seorang Pelajar Genius

Punyai IQ Lebih 100, 5 Selebriti Lelaki Korea Ini Merupakan Seorang Pelajar Genius

Bukan sekadar kacak, artis lelaki korea ini juga punyai IQ yang sangat tinggi.

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang 5 selebriti lelaki Korea ini yang sangat bijak dalam pelajaran.

Cha Eunwoo (IQ 142)

Cha eun wo

Pelakon “True Beauty” dan ahli ASTRO ini bukan sahaja punyai wajah yang kacak malah, dia juga merupakan seorang yang genius. Cha Eun-wo mempunyai IQ 142 dan cemerlang dari segi akademik di sekolah, serta dia sentiasa mendapat markah tertinggi untuk setiap mata pelajaran.

Selain berjaya dalam bidang akademik, Cha Eun-wo juga adalah presiden majlis pelajar dan dipilih menjadi kapten pasukan untuk rumah sukan sekolahnya. Artis lelaki ini juga telah memenangi anugerah untuk perbahasan bahasa Inggeris dan bercita-cita menjadi seorang peguam atau hakim. Namun, Cha Eun-wo melepaskan kerjaya dalam bidang undang-undang untuk menjadi penyanyi dan pelakon.

Ok Taecyeon (IQ 130)

selebriti lelaki korea sangat pandai

Pelakon dan bintang K-Pop ini mempunyai IQ 130, dan merupakan seorang yang serba boleh. Semasa dia di sekolah menengah di Massachusetts di Amerika Syarikat, Ok Taec-yeon adalah ahli kelab catur, pemain bola sepak dan ahli persatuan kehormat kebangsaan, yang bermaksud dia mempunyai kehebatan dalam akademik dan sukan.

Ok Taec-yeon melanjutkan pelajaran di Universiti Dankook dan kemudian menghadiri Sekolah Siswazah Pengajian Antarabangsa Universiti Korea, di mana beliau mengambil jurusan Perhubungan Antarabangsa. Dia boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun, Sepanyol dan Inggeris serta menggunakan bahasa Inggerisnya yang fasih dalam drama “Vincenzo”.

RM BTS (IQ 148)

selebriti lelaki korea sangat pandai

Rap ​​Monster atau RM merupakan ketua untuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS. Dia merupakan salah seorang penyanyi yang sangat pintar dengan IQ 148.  RM paling fasih berbahasa Inggeris dalam kumpulan itu serta terkenal kerana mengajar dirinya berbahasa Inggeris dengan hanya menonton siri “Friends”.

Dia mempunyai bakat menulis lagu sambil bermain dengan kata-kata yang hebat. Semasa di sekolah menengah, dia selalu mendapat keputusan cemerlang dan menjadi pelajar teratas dalam peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan.

Changmin TVXQ (IQ 150)

Chang Min genius

Vokalis TVXQ, Chang-min mempunyai IQ setinggi 150. Dengan kemahiran yang ada, dia telah menulis banyak lirik lagu untuk kumpulan TVXQ dan artis K-Pop lain. Selain itu, Chang-min sangat fasih berbahasa Inggeris dan Jepun, serta memegang ijazah dalam bidang muzik pascamoden dari Universiti Kyung Hee yang berprestij.

Dia juga mempunyai ijazah kedua dalam bidang filem dan seni dari Universiti Konkuk serta ijazah sarjana dari Universiti Inha.

Tablo Epik High (IQ 160)

selebriti lelaki korea sangat pandai

Tablo merupakan ahli untuk kumpulan ikonik, Epik High, yang merupakan kumpulan K-Pop pertama membuat persembahan di Coachella. Tablo memperoleh ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris dan penulisan kreatif daripada Universiti Stanford, dalam tempoh masa tiga setengah tahun sahaja.

Ia merupakan satu pencapaian yang dianggap sangat mustahil sehingga kejayaan ini meledak dan menjadi berita nasional di Korea, apabila Tablo dituduh oleh beberapa laman web peminat bahawa dia memalsukan ijazah Stanfordnya. Selepas siasatan melibatkan polis dan tindakan undang-undang, terbukti bahawa Tablo memang lulus dari Stanford secara sah.

Apa-apa pun dorang semua ni memang bijak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...