Ikuti Kami:

Punyai Bakat Mengagumkan, Ini 6 ‘Ahjussi’ Dalam K-Drama Paling Disayangi Penonton

Punyai Bakat Mengagumkan, Ini 6 ‘Ahjussi’ Dalam K-Drama Paling Disayangi Penonton

Ahjussi dalam bahasa Korea bermaksud lelaki pertengahan umur atau lebih tua.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 pelakon lelaki digelar ahjussi, disukai oleh ramai penonton K-Drama.

Jeon Gookhwang 

ahjussi paling disayangi dalam kdrama

Jeon Gook-hwang adalah salah seorang pelakon veteran yang sangat berbakat dalam industri. Jika korang peminat “Crash Landing On You”, korang mungkin mengenalinya dari drama ini. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam banyak siri hit seperti “Big Mouth”, “Eve”, “She Would Never Know”, dan pelbagai lagi.

Jeon Baesoo

ahjussi dalam kdrama

Jeon Bae-soo ialah seorang lagi wajah terkenal dalam industri lakonan Korea, dilahirkan pada 2 Jun 1970. Jeon Bae-soo adalah salah seorang pelakon yang serba boleh dalam melakukan pelbagai jenis watak. Drama popularnya termasuk “Fight For My Way”, “When The Camellia Blooms”, “Ghost Detective”, “Extraordinary Attorney Woo”, dan banyak lagi.

Tambahan pula pada 2019, Jeon Bae-soo telah dicalonkan dalam Anugerah Drama KBS, untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi drama “When The Camellia Blooms”.

Kim Changwan

ahjussi paling disayangi dalam kdrama

Kim Chang-wan dilahirkan pada 22 Februari 1954. Dia bermula sebagai penyanyi tetapi tidak lama kemudian berkecimpung dalam dunia lakonan. Kim Chang-wan biasanya memainkan watak sebagai bapa atau orang yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah syarikat.

Untuk pengetahuan, Kim Chang-wan terlibat dalam banyak drama terkenal termasuk “Its Okay to Not Be Okay”, “Something in The Rain”, “One Spring Night”, “Find Me in Your Memory” dan “Hwarang: The Poet Warrior Youth”.

Uhm Hyosup

ahjussi paling disayangi dalam kdrama

Dilahirkan pada 24 Oktober 1966, Uhm Hyo-sup kebiasaannya memegang watak sokongan. Dia memulakan kerjaya pada tahun 1995 dan telah membintangi banyak filem dan siri televisyen. Antara drama yang dibintanginya ialah “Start-up”, “I am Not a Robot”, “While You Were Sleeping”, “Tale of Nine-Tailed”, “Do Do Sol Sol La La Sol”, dan banyak lagi.

Jung Ingi

ahjussi paling disayangi dalam kdrama

Jung In-gi ialah seorang pelakon terkenal Korea yang dilahirkan pada 12 September 1966. Dia membuat debutnya pada tahun 1990 dalam filem teater dan masih aktif sehingga sekarang. Drama terkenal Jung In-gi termasuk “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo”, “Pinocchio”, “Welcome to Waikiki 2” , “My Absolute Boyfriend”, “The Fiery Priest”, “Doctor Stranger”, dan banyak lagi.

Ahn Gilkang 

ahjussi paling disayangi dalam kdrama

Ahn Gil-kang ialah seorang pelakon yang dilahirkan pada 24 Ogos 1966. Korang mungkin mengenalinya daripada drama “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” sebagai bapa yang menyokong dan menyayangi Kim Bok-joo.

Disebabkan oleh bakatnya yang sangat menyerlah, Ahn Gil-kang telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya seperti Anugerah Drama MBC untuk Pelakon Pembantu Terbaik melalui “Queen Seondeok” pada tahun 2009, dan Anugerah Lakonan Emas untuk Pelakon Drama Hujung Minggu melalui siri “Bad Thief, Good Thief” pada 2017.

Suka betul tengok dorang berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...