Merupakan seorang selebriti popular seluruh dunia, tidak hairanlah Jennie BLACKPINK mempunyai gaya hidup yang mewah.
Baru-baru ini, Jennie telah memuat naik beberapa gambar di Instagram, berkongsi kepada peminat percutiannya ketika di Utah, Amerika Syarikat pada bulan lalu.
Menarik perhatian, netizen perasan bahawa wanita itu menginap di resort yang dipanggil Amangiri, dengan kos purata berjumlah $4,492 (RM20,934) setiap malam pada hari bekerja dan $4,770 (RM22,230) setiap malam pada hujung minggu.
Pada sesetengah tarikh, jumlah penginapan boleh mencecah harga $7,800 (RM36,351) untuk satu malam.
View this post on Instagram
Selepas mengetahui info tersebut, netizen rata-rata terkejut dan kagum melihat kemewahan Jennie. Antara komen yang ditulis,
Penginapan satu malam hampir seperti jumlah yang saya ada dalam akaun simpanan saya.
Tidak mengejutkan. Katilnya saja dari jenama Hästens, berjumlah lebih 100K.
Nah, itu Jennie jadi..
Begitu sahaja dia bayar $7,800 untuk tidur satu malam.
Gitu je tau Jennie berbelanja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.