“Pucat Terus Bibir Dia” – Video Disebalik Tabir Babak Ciuman Park Minyoung & Na Inwoo Tular
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Sudah 10 episod ditayangkan, gandingan Park Min-young dan Na In-woo dalam “Marry My Husband” memang digemari penonton.
Khususnya dalam episod ke-10 drama itu, hubungan watak Park Min-young dan Na In-woo telah melangkah ke peringkat seterusnya dan turut memaparkan adegan ciuman mesra antara mereka.
Meraih perhatian ramai dengan chemistry hebat mereka, tvN telah memuat naik video disebalik tabir penggambaran untuk babak tersebut dan meraih lebih 500 ribu tontonan di YouTube kini.
After the kiss scene they watch together 😍 and he said it turns prettily💋#ParkMinYoung #NaInWoo #MarryMyHusband pic.twitter.com/PSEVzsxLFO
— Mglovejj (@Mglovejj2) January 31, 2024
Menerusi video yang dimuat naik, kedua-dua pelakon itu tampil profesional dan berbincang pelbagai perkara agar adegan tersebut ‘keluar’ dengan cantik.
Apa yang menjadi bualan juga adalah bibir Na In-woo, yang kelihatan pucat selepas selesai merakam babak berciuman dengan Park Min-young.
Antara komen yang ditulis,
Sama ada dia tak pakai lipstick transferproof atau mereka lakukan dengan terlalu brutal.
Terus nampak pucat muka dan bibir Na In-woo.
Fuh, memang betul bersungguh-sungguh.
Saya tertanya-tanya apakah reaksi ahli ‘2 Days 1 Night’ jika mereka menonton babak ini.
Amboi!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




