Ikuti Kami:

PSY Umum Jessi Bakal Jadi Gandingannya Dalam Lagu ‘Ganji’

PSY Umum Jessi Bakal Jadi Gandingannya Dalam Lagu ‘Ganji’

Para peminat pasti sudah mengetahui karya terbaru yang akan datang daripada penyanyi terkenal PSY dimana dia akan berkolaborasi dengan ramai penyanyi terkenal yang lain. Sebelum ini, dia telah melancarkan satu video teaser dimana dia bergandingan dengan penyanyi,Suzy. Terbaru, satu poster dimuat naik yang mengesahkan dia bakal berkolaborasi dengan ratu rap, Jessi!

Selepas mendedahkan beberapa siri kerjasama dengan penyanyi lain untuk album ke-9nya yang akan datang, “PSY 9th,” PSY mendedahkan Jessi untuk menjadi sebahagian daripada persembahan dalam album yang sama ini bagi lagu ke-6 di dalam albumnya iaitu “GANJI”.

psy jessi

Sepanjang dua minggu yang lalu, PSY telah mendedahkan ciri untuk setiap lagunya satu demi satu. Dengan pendedahan lagu ke-6 ini, PSY telah berjaya membuat para peminatnya serta Jessi ternanti-nantikan pelancaran lagu “GANJI”.

Melalui akaun rasmi Twitter P Nation (@OfficialPnation), beberapa video untuk sesi temubual bersama PSY dan Jessi telah dimuat naik. Video temubual tersebut merupakan video di sebalik persetujuan Jessi untuk bergandingan dengan PSY dalam lagu barunya.

Turut dimuat naik melalui akaun Twitter tersebut ialah poster bagi lagu “GANJI” serta senarai lagu bagi album ke-9 PSY, “PSY 9th”. Keterujaan daripada peminat jelas kelihatan di ruangan komen di laman Twitter dan rata-rata mereka amat menantikan konsep lagu tersebut dek kerana gabungan antara ratu rap, Jessi dan PSY yang sangat unik bagi mereka.

Korang teruskan tunggu informasi seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...