Ikuti Kami:

PSY Sah Akan Rilis Album Baharu Tahun Hadapan

PSY Sah Akan Rilis Album Baharu Tahun Hadapan

Setelah sekian lama menunggu, Psy kini akan kembali!

Penyanyi Psy, baru-baru ini mengadakan konsert 2019 sebagai persembahan istimewa akhir tahun SBS, mendedahkan bahawa dia akan kembali dengan muzik baharu tahun depan, 2022. Siaran khas ini menyiarkan sorotan daripada konsert All Night Stand beliau sebelum ini.

Psy juga menyatakan bahawa dia tidak mengeluarkan album tahun ini kerana dia merasakan ia tidak bermakna untuk mengeluarkan muzik baharu tanpa mempunyai sebarang persembahan.

Tetapi walau apa pun keadaannya, saya akan mengeluarkan album kesembilan saya pada tahun hadapan. Sudah dua tahun kita tidak merasai kehidupan seharian kita seperti dahulu. Saya berharap tahun depan kita boleh mendapatkan kembali apa yang kita hilang selama dua tahun ini.

PSY COMEBACK

Psy terkenal dengan lagu hitnya, “New Face”, “Gentleman”, “Gangnam Style”, “Daddy” dan banyak lagi. Juga dikenali sebagai ‘raja konsert’, ramai peminat menjangkakan hari konsert dibuka semula kepada orang ramai.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...